Trip sehari semalam ni ku rancang sebulan lebih awal sempena cuti tahun baru cina bersama-sama Snek,Pian,Sulaiman,Dahali dan Saur dengan menyewa 2 buah bot Hj Kumit.Kami bertolak dari KK secara berasingan jam 12 tengahari kerana aku membawa isteri dan anak-anak ku untuk tidur di rest house martua ku dan sampai di rest house martua ku jam 3.30 pm.Jam 4.00 kami terus bertolak ke jety Hj Kumit dan terus ke kuala maidin.Semalam di bintuka banyak memberi ilmu kepada aku yang sebelum ini tidak pernah bermalam di Bintuka.Walau pun trip ini tidak sukses dengan apa yang dihajati tidak tercapai,bagi ku itu sudah lumrah sebagai kaki pancing dan tidak akan sekali-kali keluar perkataan MENYESAL atau JERA ke Bintuka.Bintuka memberi kepuasan kepada ku kerana ada kepuasan mengail disana....Tunggu kedatangan ku Bintuka 6 April ni
UNGAH AKA SIAKAP MERAH KELAPARAN
5 years ago