TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Semalam Yang Dingin-Bintuka Part 6(13-14 feb 2010 )

C pian kembali beraksi setelah 3 siri tidak dapat turun ke Bintuka dengan Baju Ranger Bintuka jenama Columbia PFG
Banar nya bini mu pian smart kau pian....akhirnya c pian mengistiharkan untuk berehat ke Bintuka

Snek paling rajin memasak....masak maggi cup sama kopi 3 in 1...

Trolling di Burabak...6 batang kail kami gunakan untuk trolling semuanya tidak dipandang oleh penghuninya

Rupa-rupanya selama ni kau memerhati man...bila saja disuruh bawa bot sulaiman tidak menolak terus dibawa walau pun tiada asas....Tahniah ... bakat dan boleh sudah jadi pembantu tekong dimasa akan datang kalau kau nda pencen muda...Moga kau nda jera man

Snek...Selamat tinggal Bintuka...Mengistiharkan diri untuk berehat 6 bulan dari mengunjungi Bintuka setelah kekeciwaan kali kedua

Jam 3 kami sudah berada di Rest House pak mertua ku dan makanan yang simple ni disediakan oleh isteri ku


Trip sehari semalam ni ku rancang sebulan lebih awal sempena cuti tahun baru cina bersama-sama Snek,Pian,Sulaiman,Dahali dan Saur dengan menyewa 2 buah bot Hj Kumit.Kami bertolak dari KK secara berasingan jam 12 tengahari kerana aku membawa isteri dan anak-anak ku untuk tidur di rest house martua ku dan sampai di rest house martua ku jam 3.30 pm.Jam 4.00 kami terus bertolak ke jety Hj Kumit dan terus ke kuala maidin.Semalam di bintuka banyak memberi ilmu kepada aku yang sebelum ini tidak pernah bermalam di Bintuka.Walau pun trip ini tidak sukses dengan apa yang dihajati tidak tercapai,bagi ku itu sudah lumrah sebagai kaki pancing dan tidak akan sekali-kali keluar perkataan MENYESAL atau JERA ke Bintuka.Bintuka memberi kepuasan kepada ku kerana ada kepuasan mengail disana....Tunggu kedatangan ku Bintuka 6 April ni