TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

PENJAGAAN YANG RAPI

Kalau sudah biasa pasti anda tidak risau untuk menservis sendiri
Gunakan gris khas untuk kekili kerana ia lembut dan jangan guna gris kereta

Pernahkah anda servis kekili anda ? Bagi KOB ini adalah amalan biasa untuk mempastikan kekili sentiasa lancar dan terhindar dari mamahan garam air masin.Bagi yang baru mahu belajar menservis kekili sendiri pastikan anda ada menyimpan panduan kerangka kekili yang disertakan didalam kotak sewaktu anda membeli kekili tersebut.Sewaktu anda membuka pastikan setiap skru dan bahagian yang ditanggalkan disusun diatas kertas putih seolah-olah dari angka 1 ke 10.Ini untuk memudahkan anda mengenal pasti part kekili tersebut semasa hendak memasang semula dan bila hendak memasang semula pastikan anda bermula dari bahagian terakhir yang anda buka seolah-olah dari angka 10 ke angka 1.Paling penting sentiasa prihatin tentang kedudukan dan jumlah wasir pada kekili.Selamat menservis kekili sendiri dan jangan biarkan kekili anda menjadi kisaran kopi kerana sikap malas