TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

MEMBURU GT DENGAN TEKNIK JIGCAST K.O.B

Jigcast merupakan gabungan perkataan Jigging dan Casting...dimana aktiviti menjiging digabungkan dengan aktiviti casting.Dengan ertikata lain peralatan yang digunakan adalah  menggunakan set  micro & light jig..tekniknya casting. Jig harus dilontarkan sejauh mungkin...dan dibiarkan tenggelam berdasarkan kiraan...jika kawasan takat cetek 2-4 meter...kiraan 1-5 sudah cukup...kalau dalam biarlah jig jatuh sehingga separuh air...barulah dikarau...TEKNIK karauan haruslah slow sambil dihenjut-henjut, yang saya namakan teknik karauan 1,2....dua kali karau saya akan berhenti mengarau dan membiarkan jigskirt jatuh semula dalam kiraan 1,2...lepas tu saya akan karau semula dan teknik ini saya lakukan setiap kali saya menjigcast....Jigskirt seolah-olah bergerak dalam posisi berenang keatas dan kebawah. Jika anda mendapat sambaran dan misscal....jangan di karau jigskirt dengan laju untuk membuat lontaran baru...sebaliknya karau perlahan macam biasa dan buat henjutan perlahan...pasti GT akan menyambar semula
 Biasanya saya lebih suka menggunakan teknik jigcast di kawasan takat yang berkedalaman 2-4 meter, sebab GT suka memburu anak-anak bilis di kawasan ini..GT yang selalu menjadi mangsa Jigskirt saya tidaklah sebesar mana...cuma seronokdilayan dengan teknik jigcast. Selain GT..anak-anak kerapu juga selalu menyambar jigskirt yang saya gunakan
 Untuk memburu GT, saya lebih suka menggunakan Jigskirt. Dimana ini adalah ilham saya sendiri. Kepingan Jig sotong saya gabungkan dengan skirt sotong  seperti dalam gambar....memang sangat berkesan. Rahsia ini sebenarnya sudah lama saya sembunyikan...memandangkan artikel saya sudah keluar di Majalah Pancing...tibalah masanya untuk saya kongsikan dengan rakan-rakan serta peminat Jigcast yang ingin mencuba. Selain kepingan Jig sotong, batu ladong juga boleh digunakan untuk membuat jig skirt. Selamat mencoba....ini bukanlah yang terbaik