TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP SENGSARA MENTULUD - BANGKADUAN - BINTUKA

Trip kali ni saya membawa Hj mengunjungi port lama yang sudah lama tidak dikunjungi dengan harapan akan membuahkan hasil dengan strike-strike ganas. Perjalanan ke Port mentulud mengambil masa satu jam perjalanan. Seawal jam 6.30 pagi kami sudah berada di Jeti Hj Kumit dan selepas segala peralatan dimasukkan ke Bot, kami terus memecut dengan harapan segalanya ok. Dalam perjalanan kami singgah sekejap di Simpang Mentulud-Bintuka untuk menguji bangkar yang terdapat di tebing simpang. Kelihatan begitu banyak anak-anak ikan berenangan  dan diikuti dengan sambaran-sambaran  ikan bulan-bulan yang mencari makan. Namun kami tidak berminat dengan ikan bulan-bulan dan terus memujuk di bangkar tersebut, namun tiada sambaran. Kami meneruskan perjalanan ke Mentulud dan setiba di sana air begitu surut dan segala bangkar terdedah, ini membuatkan aku pening kepala...jangankan bangkar, lantai tebing pun terdedah dengan jelas, ini membuatkan usaha kami ke Mentulud sia-sia. Aku terus membawa membawa Hj ke muara Bangkaduan dengan harapan dapat strike. Bila sampai di sana, semua tetap sama....tebing sudah berlantai...bangkar terdedah oleh air surut yang melampau. Ini membuatkan kami mengambil keputusan untuk balik ke Bintuka melalui sungai Burung, terus ke laut dan masuk semula ke Burabak dan terus ke Bintuka. Namun keadaan menjadi bertambah parah apabila aluh ( sungai kecil di kuala ) hanya dalam sekaki...ini membuatkan Hj terpaksa buka baju......Setelah lama tersadai di muara si Jaboh...kami mengambil keputusan untuk masuk semula ke sungai burung terus ke paip dan masuk semula ke Burabak yang mengambil masa setengah jam perjalanan berbanding dari kuala yang hanya memakam masa 7-10 minit ke Burabak.....

 Bukan calang-calang...Penaja Baju, Beg Sikut, Baju Lapis, Raincot, Topi, Buff, Sandal , Seluar....Columbia PFG...Hj Caster sudah tukar nama ke Hj Columbia heheheh...Bisa racun Mu Moi ( Trable Hooks )
Skim Tamak...hahahah Jangan ditiru.... 
 Apa tidak Tenson kalau rumah kerapu pun kering gila
Mula-mula stady....tapi baju Columbia PFG di buka sudah
 Sekali....ampus kami  menarik bot ni, sudahlah bocor, berat lagi
 Sampai di Burabak pada jam 12.30 tengahari kami terus makan di Pondok Nelayan dan diiringi dengan hujan lebat..ini saja rezeki kami hari ni...
Teknik melepaskan gewang yang tersangkut...heheheh...mesti ada penjolok panjang...di hujungnya mesti ada cabang seperti cabang lastik
Lepas makan kami terus casting di Burabak namun tiada strike....dan ini membuatkan kami mengambil keputusan untuk ke Balingkatak dan sekitar jam 3.00 ptg kami terjumpa Trable Hook dan si Jamal yang memberitahu kerapu makan di Sungai Pungol, dan ini membuatkan kami terus disana...syukur dapat juga kami strike, namun gambar tidak dp diambil kerana hujan lebat petang tu....
 Antara kerapu yang sudi menyambar gewang Negro ku
 Manis senyuman mu Ji...haji kini teracun habis....gambar yang sempat dirakamkan sebelum hujan turun
 Apa kau cucuk tu Ji....demi keselamatan jangan sekali-sekali memasukkan tangan ke dalam air untuk mengambil gewang yang menyangkut...kita tidak tahu apa yang menunggu di bawah... 
 Pelangi senja selepas hujan....Syukur dengan hasil yang kami perolehi pada hari tersebut...namun trip kali ni memang sengsara...namun bagi ku itu perkara biasa...ada hasil atau tidak itu  sudah lumrah, perkara biasa.... yang penting aku dan Hj  enjoy di Bintuka...Tenang Jiwa Bila Casting di Bintuka..Selepas trip ini, kami ke Bintuka lagi pada minggu hadapannya dimana Hj berpatner dengan Cikgu Hazlin, Dali bersama Tato, Sulaiman bersama Si Apik...manakala aku Solo gara-gara patner ku Snek demam