TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

PESTA ANAK GERUNGGUNG @ KAPUT

Trip lawa2 pada 22.4.2012  ni merupakan trip ke 2 bagi tahun 2012 dan ini merupakan kolabarasi pertama antara K.O.B bersama Mr Evo . Trip ini hampir-hampir tidak jadi kerana cuaca pada masa tu sangat buruk dimana hujan memanjang dari malam ke siang. Namun oleh kerana aku sudah berada di rumah mr Evo, seawal pagi jadi trip ini kami teruskan walau pun hujan sedang turun. Biasanya apabila turun ke laut di Bongawan, lokasi pertama yang akan kami singgahi  adalah Bagang. Bukan apa, mahu mendapatkan umpan segar anak bilis. Namun hari ni nasib kami agak malang kerana kebanyakkan bagang yang kami singgahi sudah habis beroperasi dan semua anak bilis sudah dimasak. Oleh kerana tiada bekalan umpan, kami memutuskan untuk melakukan aktiviti tundaan di sekitar bagang dan terus menuju ke Lawa-lawa Tangah Patera. Oleh kerana aktiviti tundaaan tiada sambaran, kami memutuskan untuh singgah di lawa-lawa untuk menduga anak-anak ikan dengan menggunakan Apollo dan hasilnya............
 Bot Mr Evo
 Bayangkan setiap kali Apollo diturunkan pasti Penuh
 Lihatlah di belakang tu hujan lebat sedang menghampiri kami


 Ini antara trip paling Best 2012 selepas 2010 dimana kami  berpesta sulit tanah di sini
Hasil kami dengan memancing selama 1 jam sebelum ditinggalkan kerana cuaca semakin buruk