TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP DILUBUK KERAPU MINYAK..BINTUKA

Syukur alhamdulillah....setelah beberapa minggu tidak dapat membuka blog ku ini,akhirnya dengan kata laluan baru dan emil yang baru, dapatlah akhirnya ku menaplot laporan aktiviti T.O.B bersama geng-geng yang lain. Paparan dibawah merupakan antara aktiviti casting yang dilakukan sepanjang bulan November yang lalu. Cuma aktiviti pada bulan ni terhad kerana ayah dan ibu sedang mengerjakan Fardu Haji di tanah suci Mekah dan aku menjadi ketua keluarga untuk menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan kenduri dan doa selamat. Namun itu bukan penghalang besar untuk aku terus beraksi......Bulan November ni merupakan bulan kegemilangan kepada geng Keruak yang diketuai oleh adik ku ( Dahali ) kerana mereka berpesta menaikkan Unggah @ MJ dan Kerapu minyak di Bintuka dan Weston malah bertambah hebat CNR diorang ni...apa tidaknya kerapu yang menghantam gewang semua yang bagak-bagak dan yang kecil-kecil dilepaskan.....Tahniah lain kali kalau selungsung atau unggah dibawah 800g lepaskanlah...heheheheh






Bagi yang selalu Bottom dikawasan ni pasti kenal di mana muara sungai di delta Bintuka ni


Hazlin dengan unggahnya manakala sulaiman terpaksa merenung jauh kerana unggah bagaknya awal-awal lagi sudah rabut



Kerapu dilubuk ni dikatakan sensitif dengan warna terang



Ini dia...Korban Manchester City....gara-gara menunggu perlawanan EPL tengah malam...mengantuk gila anak buah ku ni sehinggakan trolling pun tidak berminat sudah



Ini pula trip pada 27.11.2011...surut gila



Sulaiman terpaksa duduk dihadapan untuk mengelakkan kipas terkena dasar anak sungai



Lihatlah betapa bahayanya batu dibawah jambatan ni....Pernah sebuah bot Hj Kumit bocor terkena batu ni gara-gara pemancing memecut ketika air surut. Kesudahhannya mereka terpaksa balik ke Jeti diawal pagi....hati-hati dikawasan ni.....



Nipah yang hanyut ni kalau nasib baik boleh menjanjikan MJ yang bagak....



Kerapu minyak ni dianggap sebagai pelanggan tetap gewang kaki casting di Bintuka.....



Malas mau bergambar ambil gambar ikan saja












Ini pun sama......Nya Sulaiman jangan tah dibangga-banggakan kerapu itam ni.....mun Sulungsung baik jua kan digambar....heheheh
Sulaiman terus isap sigup...kasi reda degupan jantung dan getaran tangan....heheheh....bukan rezeki mu man....gara-gara monster bagak yang berjaya melepaskan diri dan menewaskan BC baru nya, Sulaiman terus terduduk dan mengeluarkan sigup..... "begegar tangan ku Lan..."Memang besar ikan yang mengasak gewang keramat Nya sehinggakan dia tidak mampu bertahan.....