TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CASTING RAMADAN ( 6 & 7 OGOS 2011)

Kesempatan balik kampung pada hujung minggu yang lalu saya gunakan untuk melepaskan rindu untuk casting ditanah jajah sendiri iaitu di Bongawan dan Mandahan. Rasanya sudah lama saya tidak beraksi ditempat sendiri. Rasanya puasa tahun 2011 acara casting tidak sepanas tahun 2009. Dimana ramai caster-caster yg terkena karan casting sentiasa menerjah lubuk-lubuk panas seperti Sg Binsuluk,Sg Membakut, Sg Bongawan,Sg Mandahan, Sg Andus & Sg Benoni seawal jam 5 .30 pagi. Namun rasanya tahun agak reda, tidak semeriah tahun 2009. Rasanya ramai yang ingin berehat sepanjang bulan Ramadan ni. Bagi saya, peluang balik kampung saya adalah peluang terbaik untuk beraksi, namun bukanlah sepenuh masa. Hari pertama berada di kampung, seawal jam 5.40 pagi saya sudah bertolak ke Sg Mandahan untuk casting. Setiba disana nampak gaya Sg Mandahan sudah dibelasah oleh kaki kail pada malam hari berdasarkan kesan umpan yang mereka tinggalkan. Setelah 2 jam casting hanya sekali sahaja sambaran yang saya alami dan disebelah petangnya sekali lagi saya turun, kali ni ditemani oleh adik saya Dahali dan Dinn Caster dan tidak lama selepas kami casting, datang rakan baru dalam dunia casting iaitu Samoi dan Jali .Petang ni tuah hanya menyebelahi Dinn Caster apabila beliau berjaya mendaratkan ikan Jalak @ Haruan dengan mengunakan gewang Pensil.


Keesokan hari sekali lagi saya beraksi disebelah petang. Kali ni saya menyertai Mr Badul dan anak buah ku ( Wan Gendut ) untuk menduga Sg Bongawan dengan menggunakan Bot. Apa yang boleh saya simpulkan hampir 2 jam setengah casting di Sg Bongawan, semua Mj & Selungsung turut berpuasa untuk menjamah gewang lazat yang dihidangkan. Langsung tiada sambaran panas yang ada hanya sambaran kecil oleh ikan bulan-bulan....TQ semoga enjoy dengan paparan terbaru K.O.B ini....TQ atas kunjungan dan sokongan anda...


Lesen Pensil ni Brooooo....biar jalak asalkan lesen......heheheheh

Berapa gram ini........

CNR....la tu....kalau Mj siap kau...nasib baik Jalak

Caster Baru:Jali sudah terkena sampuk semangat Casting oleh si Masrof


Ini lah Samoi @ Amat Sura. Seorang kaki kail lama yang sudah lama berehat, namun tahun ni hatinya terbuka untuk menyertai dunia casting. Tahniah atas kejayaan menaikkan lesen MJ pertama di Mandahan 1.5 kg


Hari kedua kami casting di Sg Bongawan. Wan Gendut terpaksa jadi tukang dayung kerana air parit tempat Mr Badul parking botnya terlalu cetek

Cool man....K.O.B.....

Anak buah ku ni semakin mahir dalam dunia casting....mantapkan lagi wan cara xjas BC dan lontaran supaya tidak selalu membuka sarang burung


Mr Badul pun bertambah mantap ...jangankan celah Bedah, kalau ada sang bedal buka mulut pasti gewang boleh masuk kedalam mulut sang bedal dengan skill dan kemahiran casting bermain sg kecil dan di bangkar. Tahniah Dull





Dalam keasikan melontar gewang, tiba-tiba satu bunyi kuat benda terjatuh kedalam air.... alamak BC My Brother Calcutta jatuh kedalam air....aduh...rupa-rupanya sewaktu ku melontar gewang tanpa ku sedari mara kail gewang tersangkut pada Top Ring. Nasib baik mata kail masih menyangkut di ring kalau tidak terpaksa lah ku selam air surut juga waktu tu.....hehehehehe. Di rumak apa lagi...terpaksa servis habis...

Inilah Sg Padas, Bongawan. Anak Sg kecil yang dihuni oleh jutaan nyamuk...