TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip Ke Sajali ( Sesal Dahulu Tidak Merugikan )18.6.2010

"Sesal dahulu tidak merugikan".Inilah yang boleh K.O.B katakan apabila trip kami ke Sajali terpaksa dibatalkan dipertengahan jalan apabila laut yang tenang tidak menjanjikan ketenangannya sehingga kepetang.Inilah yang berlaku pada 18 Jun 2010 yang lalu,apabila cuaca yang tenang selama beberapa minggu ini bertukar menjadi badai ganas setinggi 5-7 meter. Trip kali ini disertai oleh Ahmad Muhammad ( Ketua ),Ahmad Nelayan,Dahlan @ K.O.B,Jasni ( Ahli Baru ),Dahali,Latip,Pitut,Kak Nonong,Kak Marry,Habib dan Ali yang terpaksa menarik diri kerana masalah keluarga disaat akhir


Gambar sewaktu baru meninggalkan kawasan lampu isyarat

Perjalanan kami pada petang tu diiringi oleh hujan lebat dan angin barat yang kencang,namun kelibat alun dan ombak belum kelihatan ketika masih lagi didalam kawasan pulau gaya dan pulau memutik.Namun apabila kapal mengampiri hujung pulau gaya,ombak semakin gagah,sehinggakan bahagian depan kapal hampir tenggelam dihambatkan oleh ombak yang ganas dan ini menyebabkan barang-barang didepan habis basah dan terhumban.Namun keadaan
Kelihatan ombak pecah ditepi kapal
lebih genting berlaku apabila kami sudah melewati pulau gaya dan pulau memutik langsung tidak kelihatan akibat angin dan hujan yang lebat dimana ombak semakin tinggi dan beberapa kali bahagian depan kapal menyembah lautan dan seolah-olah mahu terbalik dan ini menyebabkan saya mengambil Jaket Keselamatan dan mengedarkan kepada rakan-rakan dan adik saya untuk keselamatan...didalam kepala saya teringat peristiwa di Pulau Banggi hari raya haji tahun lepas dimana kapal karam yang mengakibatkan ramai saudara mara Kak Nonong terkorban


Namun kerisauan tersebut semakin reda apabila kami setuju dengan cadangan Tekong supaya kami tudak meneruskan perjalanan kerana keadaan laut yang semakin bergelora dan tidak mungkin kami akan dapat melimpasi gelora tersebut.Apa-apa pun syukur kerana kami semua selamat kembali kejeti pada jam 5 petang setelah 3 jam mengharungi badai yang bergelora

Dahali tenang...tapi belakang basah sudah terkena tempias ombak


Sempat jua bergambar sebelum masuk ke Kaben