Bongawan merupakan kampung halaman ku. Walau pun aku berasal dari Bongawan, rasanya sangat jarang ku berkesempatan untuk casting di Sungai ni sejak aku berhijrah ke Kota Kinabalu. Jika pertengahan tahun 90-an sungai ni merupakan lubuk utama ku memburu Ungah, rasanya sudah 12 tahun aku tidak pernah membottom di sungai ni. Trip My Home Town River merupakan trip lepas kerja, kesempatan out station ke daerah Beaufort ku gunakan untuk mencuba nasib bersama dua rakan yang sentiasa sudi mengikuti ku Out Station iaitu saudara Nuridi dan Mazlan. Terima kasih diucapkan kepada caster adik beradik iaitu Badul & Tato yang sudi meminjamkan kami bot untuk casting. Namun hari ni memang bukan rezeki kami, hanya tato dan badul sahaja yang sukses menaikan Ungah. Namun apa yang jelas, sungai ini sudah bayak berubah sejak 12 tahun yang lalu. Jika dahulu sungai ini mempunyai aliran yang panjang, namun hari ini ia sudah pendek, jika dahulu beluma ada lagi caster yang gigih memburu Ungah menggunakan bot kini sudah ada , Jika dahulu belum ada Monyet Bangkatan kini sudah ada, jika dahulu sungai ini tidak dikenali kini sudah mula dikenali oleh Pelancung
Ketepatan lontaran memerlukan ketajaman mata dan daya rasa naluri dengan sentuhan ibu jari pada spool . Jika tidak pasti gewang anda akan berada diatas bakau dan line utama anda akan membentuk sarang burung
Kayuhan dengan pelbagai veriasi adalah skil untuk memujuk pemangsa
Tato dengan hasil pertama Brothernya
Tato dengan hasil castingnya
Caster adik beradik mencuba nasib di Port Selungsung
Sebagai anak jati Bongawan, kita harus bangga dengan anugerah yang dikurniakan serta bangga sungai kita akan menjadi tumpuan para pelancung. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga sungai kita. Namun apa yang menjadi tanda tanya penduduk tempatan, kewajaran membina jeti di sebatang anak sungai buatan manusia di kg Biau. Di mana semua orang tahu anak sungai tersebut akan cetek jika air surut. Oleh yang demikian bagai mana bot man boleh membawa pelancung keluar dari anak sungai tersebut jika musim surut besar.
Harus di jaga kerana si Bahagian Pantai Barat Selatan , Monyet Bangkatan hanya terdapat di Sg Kota Klias dan Bintuka. Bongawan rasanya bertuah kerana Bangkatan sudi menjadikan hutan bakau sungai Bongawan yang kecil menjadi habitatnya.