TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP UDANG DI WESTON

Trip Udang kali ni merupakan trip kedua K.O.B ke Weston. Trip ini diatur oleh rakan seperjuangan iaitu saudara Ahmad Sura A.K.A Samoi dan Ust Mazlan . Mereka ni merupakan penyerang utama udang di Weston. Jika sebelum ni, aku pernah beraksi bersama saudara Hazlin dan Jumadi di Sungai Bukau,Weston namun trip kali ni aku dibawa ke Sg Penjamuran dan Sg Nabahan. Apa yang boleh ku kongsikan mengail udang memang memerlukan kesabaran dan ketenangan, namun hari ni udang kurang galak memakan umpan memandangkan keadaan air yang tinggi. Namun di saat-saat akhir....berlakunya saat kegembiraan apabila Uts Mazlan yang berpatner sama Sulaiman terjumpa lubuk BERGUMBIRA....dimana, turun saja umpan.....turun naik udang dibelasahnya, sehinggakan kami tidak sedar diri......mau magrib sdh.....heheheh

 Ahli Komplot Samoi, Manyih, Ajit, Ust Mazlan dan Sulaiman 
 Sais sebegini yang banyak Sulaiman tewaskan di lubuk Bergumbira. Seekor kudung seekor tidak
 Ajit pasti akan merindui aksi-aksi di Weston dan Bintuka kerana pada 14 Julai ni beliau akan berangkat ke Markas Petronas di Terengganu
Pemandangan Sg Penjamuran sama dengan Sg Ladang di Bintuka, namun penghuninya sangat berbeza.Di Sg Penjamuran udang jd penghuni utamanya tapi di Sg Ladang Unggah, Selungsung, Tembaring dan Kerapu jadi penghuninya
Sais yang sentiasa diidamkan oleh pemburu Udang Galah

 Double Strike