TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP PENUTUP SEBELUM PUASA

Trip Bintuka 7.9.2012 merupakan trip yang mensasarkan ikan Kurau menjadi sasaran utama. Setelah sebulan berehat  ke Bintuka, kali ni aku mengajak anak buah ku iaitu si wan untuk beraksi . Namun kali ni aku memilih untuk melakukan Trip 3 in 1 iaitu Bottom, Casting dan Trolling. .Dimana kami akan memulakan acara Casting di sebelah pagi dan Bottom di sebelah tengahari. Setelah semua peralatan dimasukkan kedalam bot kami terus mendapatkan umpan udang hidup di tepi sungai daripada adik Hj Kumit dengan harga RM0.20 seekor dan aku membeli 50 ekor sahaja dengan harapan ada udang ada kurau...heheheh. Selepas membeli umpan, kami terus ke Port Casting pertama dimana lubuk ini merupakan lubuk selungsung. Namun setiba di lubuk ni, air sungai kabut / keruh  kerana hujan lebat yg turun pada sebelah malam telah menyebabkan kelodak tanah mengalir ke dalam sungai dan ini menjadi  air sungai menjadi kabut tanah. Walau bagaimana pun perjuangan tetap diteruskan. Setelah puas melontarkan gewang, akhirnya si wan berjaya menaikkan seekor kerapu hitam dan itulah sebagai hasil pembuka dan penutup arena Casting kami pada pagi tu. Setelah itu kami terus ke muara Balingkatak untuk memburu kurau....sedih...setiba disana, sudahlah muara beralun, kabut, ditambah lagi dengan arus yang telampau laju membuatkan usaha kami sia-sia....lantas jalan terbaik ialah...pulang awal......

 Rasanya ini adalah trip terakhir untuk anak buah ku ini bagi tahun 2012 ini.Kerana surat pekeliling untuk menumpukan  peperiksaan SPM sudah dikeluarkan ....heheheh
 Tabana yang ku sangkan Kurau....heheheh
Excotic.....