TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

CARA MEMBUAT SAMBUNGAN UNTUK MEMANJANGKAN PENAHAN ASAKAN ROD CASTING

Sedikit tips perkongsian cara menyambung penahan asakan joran ( bahagian belakan joran / bontot ). Jika anda memiliki bahagian belakang joran yang pendik dan ingin memanjangkan menjadi panjang sekaki dari pemegang joran, anda boleh lah meniru cara saya ini

Joran saya ni pendik bahagian belakangnya dan ingin saya panjangkan. Caranya


 Langkah pertama: Sediakan ring seperti ( seperti dalam gambar warna biru ) dan  sebatang batang joran lama yang berlubang. Sais lubang harus besar sedikit dari batang joran utama

 Bontot untuk penyambung dari joran lama yang patah boleh digunakan jika ada kreativiti

 Masukkan batang penyambung

 Masukkan  bontot untuk menjadi penahan asakan di lengan ketika ikan mengasak gewang anda

Pastikan anda menggunakan gam yang betul untuk mempastikan kekuatan sambungan yang anda buat. Selepas sambungan digam biarkan kering selama 2-3 jam sebelum digunakan

 Inilah bentuk baru penahan asakan rod casting ku 3-8 lbs

Dari bahan terpinggir menjadi satu gabungan yang mantap. Selamat mencuba dengan kemahiran yang anda miliki