Mendengar khabar dari rakan-rakan seperjuangan yang mengatakan udang galah mengganas di sungai Kota Klias membuatkan hati ku sangat gatal untuk turun kesana. Malah keterujaan untuk mengail udang galah lebih parah lagi apabila adik ku ( Dahali ) & Si Azlin berpesta udang seminggu sebelum trip ini & ini membuatkan aku rasa gundah gulana, bukan sedikit udang yang dibawa balik malah berilo-kilo . Segala keresahan akhirnya terubat apabila sahabat baik ku Mituddin mempelawa untuk beraksi. Malah sahabat setia ku sulaiman juga dapat turut beraksi. Tahun ni merupakan tahun paling lama musim udang mengganas di sungai Kota Klias ini. Berdasarkan pengalaman yang lampau, udang galah di Sg ini hanya akan mengganas apabila musim kemarau, namun bagi tahun ni musim udang berlarutan walau pun bukan musim kemarau. Menurut Mituddin keadaan ini berlaku kerana kualiti air sungai Kota Klias semakin bersih. Dimana sebelum ini kehadiran kapal minyak kelapa sawit membuatkan air sungai tercemar....semoga keadaan ini akan berterusan dan ini sudah pasti akan membuatkan sungai Kota Klias akan sentiasa sibuk dengan pengail dari dalam dan luar daerah seperti aku....Semoga enjoy dengan paparan terbaru ku ini. Ikhlas dari K.O.B
Sais inilah yang sentiasa menjadi idaman kaki udang