Sebelum ni beberapa BC sendiri dan rakan-rakan telah berjaya ditingkatkan sistem cengkaman dragnya dengan mengunakan bahan khas hasil percubaan K.O.B . Antara jenama BC yang pernah di Up Gread dragnya ialah dari jenama Abu dan Daiwa . Kali ni tiba pula giliran CURADO, antara hasil terbaik Produk SHIMANO, di tingkatkan sistem dragnya. Sebenarnya bukan untuk mencari Monster, tapi untuk persediaan menghadapi pertarungan. Drag sebenar CURADO dikatakan mempunyai tekanan ketegangan @ asakan sehingga 4.5 kg. Namun setelah ditest dengan menggunakan penyukat digital, sistem tegangannya hanya mencecah angka 3 kg. Namun ini sebenarnya sudah cukup munasabah untuk pertarungan, namun lain pula bagi kes CURADO yang saya UP Grade ini, sistem tegangannya tidak sampai 2 kg, terlalu lembut bila di tarik walaupun di kunci mati dan masih baru dari kedai. Keadaan ini membuatkan pemiliknya mahu sistem dragnya di up grade dan kesudahannya dragnya kini menjangkau 5.5 kg.....hampir sama dengan Daiwa 2020
Drag Washer Ori
Inilah bahan keramat K.O.B untuk meningkatkan sistem drag apa-apa BC
Setelah dibentuk....jauh bezanya antara washer asal dan tiruan....heheheheh yang penting jangan tewas oleh ikan idaman
Washer bahagian bawah juga harus diganti, washer bahagian bawah juga sangat besar, jika jenama lain besar washer bahagian bawah hanya sebesar duit syiling 10 sen, washer curado pula sebesar syiling 20 sen