Rasanya macam jarang sudah saya mengaplot trip-trip memancing yang saya buat. Bukan apa, masa amat terhad. Terbaru pada 17hb yang lalu, saya, sulaiman, bobih dan najul turun membotom dilubuk rahsia K.O.B,manakala adik ku Dahali turun Casting bersama saudara Badul dan Tato bersama saudara Yusuf manakala saudara Samoi bersama Matali boi. Ini merupakan trip kedua ku selepas hari raya. Jika semasa ramadan tu aku berpesta anak2 selungsung...dan seekor anak buaya menjadi mangsa ku..kali ni, selungsung langsung tidak kenal aku....hanya sulaiman, bobih dan najul sahaja berjaya menaikkan anak2 selungsung, manakala aku kumpau selungsung. Manakala Team Casting pula sukses dengan hasil casting mereka dimana saudara tato menjadi juara apabila berjaya menaikkan Tembaring seberat 2.5kg, manakala saudara badul kecewa apabila selungsung bagak sempat menewaskan beliau....Jam 3 kami sudah bergerak pulang kerana air semakin surut gila....
Lubuk rahsia mempunya bermacam2 ikan
Hasil terbaik Saudara Tato....
Ini kecil....saja....sebelum ini aku sudah mendapat yang besar...hehehe
Hahahah.....Penyamun ciptaan ku.....najul
Kepala Penyamun ciptaan ku jua....nda pandai beranti sudah si Bobih memburu selungsung di lubuk ku ni...heheheh
Kesian tetanda saja
Sulaiman...demam pun mau juga ikut memburu selungsung...heheheh
Jam 2, air sudah surut gila ....baik balik