TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP CASTING SETELAH DUA BULAN BEREHAT

Terlalu lama sudah saya tidak mengaplot aktiviti-aktiviti terbaru yang saya lakukan bersama rakan-rakan. Bukan apa, kesibukan kerja dan menyiapkan rumah baru membuatkan fikiran tidak fokus untuk mengaplot gambar-gambar aktiviti mengail ku. Sebenarnya boleh dikatakan setiap minggu aku bersama-sama rakan-rakan turun memancing...terutama sekali menjiging.... dan aktiviti casting sudah dua bulan direhatkan. Namun baru-baru ini saya mengajak sepupu  ku, Najul untuk mencuba nasib di lubuk-lubuk tersembunyi yang sudah lama di terjah di Bintuka. 


 Dalam perjalanan kami terjumpa orang mabuk sedang tidur di atas jalan utama, terpaksalah berhenti dan papah ia masuk semula kedalam keretanya. Yang bestnya sempat lagi mamat ni bertanya" siapa yang membangunkannya" saya jawab..Malaikat yang suruh kami bangunkannya...heheheh dia jawab " terima kasih"..... 
 Bila gewang menyangkut, caruk man lah yang berperanan untuk melepaskan gewang tersebut dengan pencucuk yang direka khas
 Mj di anak sungai....kelihatan warnanya sangat berbeza dari kebiasaan  kerana mengikut warna air dan sebagai penyamaran
 Lesin BC dan Rod baru
 Warna Mj di anak sungai yang berair gelap....Warna MJ sebenar ditonjolkan
Diakhir trip, kami bot yang kami gunakan terpaksa ditunda kerana spring stater nya patah