TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip bersama Member Baru Ke Lawa-Lawa @ Unjam

Hampir 2 bulan tidak ke Lawa-Lawa, tangan 24 Ogos yang lalu aku beraksi semula ke lawa-lawa bersama kawan baharu iaitu Awang & rakannya dari Kg Pimping Membakut. Ag sememangnya seorang kaki pancing tegar yg sentiasa mencari ruang dan lubuk untuk melepaskan giannya mengailnya. Trip ini agak sunyi dengan kehadiran gerunggung....ada pun gerunggungnya kecil-kecil, tidak seperti sebelum puasa yang lalu. Aku macam biasalah...bila turun ke lawa-lawa pasti aku akan mempraktikkan teknik dasar dan jiging.....Namun aktiviti jiging tidak mendapat sambutan pemangsa sasaran terutamanya Ebek dan Tenggiri...hanya anak2 gerunggung sahaja yang sudi menyambar jig. Namun apa yang lebih membanggakan....Si Fuad sudah teracun dengan arena Micro Jiging....apa tidaknya.......sudah 3 ekor Ebek menjadi mangsanya...dan boleh sudah di gelar Mr Ebek......teknik jigingnya amat unik dan mahu tahan hati......namun amat berkesan untuk menipu Ebek.................tiada dalam CD......Teknik ini akan dikongsikan pada paparan yang akan datang..... 

 Fuad anak Tangah Patera...dulunya tidak minat ke laut....sekarang sudah mahu belajar Ilmu bapanya...Boleh sudah kau bawa Bot fuad cuma lebihkan lagi belajar.....
 Lenguh tangan ku melayan Todak Bulat ni guna Set Jiging Ringan.....guna umpan hidup
 Tarpon laut ni kuat juga ya....kehadirannya di lawa-lawa sudah semakin banyak
Kalau gerunggung Kuda baru terasa kuasa kudanya Fuaad...

Anak tenggiri....mana bapak mu....aku mahu berlawan dengannya....

 Inilah dia Ikan Jarang Jumpa...hehehehe....Bila si Awang bertanya apakah nama ikan ni...aku selamba menjawab Ikan Jarang Jumpa.....sebab aku pun tidak tahu naman ikan ni....hehehehe

Perjalan pulang mengambil masa lebih kurang setengah Jam dari lawa-lawa.....