TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

PERKONGSIAN TEKNIK MENSERVIS KEKILI

Dalam paparan kali ni saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pemancing yang berminat untuk belajar cara-cara selamat men-servis kekili. Bukan apa, sehebat manapun seseorang tukan servis kekili itu, pasti ada masanya dia akan terlupa tempat kedudukan part di dalam mesin pancing tersebut. Bagi yang baru belajar, gunakanlah panduan /manual part yang disertakan semasa membeli mesin pancing sebagai panduan belajar. Gunakan ia sebagai rujukan untuk belajar dan fahami tentang kedudukan part serta buat emejinasi tentang kedudukan part dan setelah itu barulah belajar membuka part satu persatu dan susunkan ia mengikut kedudukan dari 1 hingga yang terakhir. Bila hendak memasang semula pastikan anda bermula dari part terakhir sehingga yang pertama. Semasa memasang pastikan anda merujuk panduan part kekili. Bagi kekili lama atau klasik, gunakanlah camera untuk merakamkan setiap sudut yang anda buka. Lakukan langkah demi langkah. Bukan apa, sehebat mana pun pakar servis tersebut, pasti dia akan mengalami kesukaran jika mesin tersebut tidak pernah dibukanya. Merakam gambar adalah langkah terbaik dan akan menjadi rujukan jika ada masalah. Jika takut mahu membuka kekili anda, langkah terbaik adalah merujuk rakan anda yang pakar/mahir tentang buka-membuka  kekili

Percaya atau tidak kekili RYOBI SLE made In Japan ini sudah berusia 25 tahun. Sungguh mengkagumkan saya, walaupun sudah berusia dan luarannya lusuh namun dalamannya sangat hebat. Drag sangat kuat dan ball bearingnya masih stady...kalau Made In japan hari ni....susah mau cakap...harga saja meletop-letop

 Beginilah cara yang selamat...rakam gambarnya
 Lepas tanggalkan part pertama gambar lagi
 Buka skru pun harus dirakam gambarnya
 Bukan apa untuk menjadi rujukan jika ada kekeliruan...
 Simple saja dalamnya kekili ni...tapi mantap
 Ini pun harus digambar...mana lah tahu spring tertanggal boleh juga gambar ini menjadi rujukan
 Karat hasil dari air masin....hanya sekeping sahaja washernya berkarat, itupun kerana washer tersebut bukannya dari stanless stell

 Letakkan part washer drag mengikut kedudukan untuk mengelakkan kekeliruan ketika memasang semula
 Jangan ikut teknik ini, main ampai saja....ini hanya sekadar paparan contoh tidak selamat yang membolehkan anda mengalami kekeliruan ketika mahu memasang semula

Ready untuk beraksi semula. Pemiliknya mahu menggunakanya semula untuk menarik Black Bass di Tawau. Bagi saya, baik kekili ni disimpan  jadi bahan kenangan terindah. Kerana generasi yang akan datang tidak akan terjumpa lagi kekili ni. Rasa bertuah saya dapat menservis kekili ni