TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP BERSAMA OTAI TEMBARING-Abg Wan

Dalam paparan kali ni, saya ingin memperkenalkan seorang rakan casting baru yang sudah lama menetap di Sabah. Beliau yang saya maksudkan ialah Abg Wan. Beliau yang sudah lama menetap di sabah terlalu mencintai hobi memancing. Sebab itulah saya anggap beliau Otai Tembaring kerana beliau sudah menaikkan berpuluh-puluh ekor tembaring semasa beliau menetap di Tawau...Sg Kelumpang, Balung dan yang hampir dengannya sudah habis beliau masuki untuk memburu tembaring. Cuma teknik sahaja berbeza. Jika dahulu Bottom dan Trolling menjadi mainan Abg Wan, kini casting menjadi kegilaan beliau. Menurut beliau kenapalah sewaktu di tawau beliau tidak terfikir bermain dengan set casting untuk memburu Tembaring....padahal waktu awal 90-an, tembaring sangat banyak di Sg Kelumpang, Tawau. Pada saat paparan ini ditulis, abg Wan balik ke tawau untuk menduga Tembaring dengan set castingnya. Gud Luck Abg wan......Dalam trip ini ada antara ikan yang tidak digambar kerana ia dari spesis kerapu hitam saja....macam biasalah bukan senang untuk mendapatkan strike.....namun tahniah untuk abg wan yang semakin gila casting...heheheh
 Ungah seawal pagi yang garang menerkam R2C ku
 Sumpit-sumpit ni menjadi penghalang  untuk Ungah menerkam gewang...apa tidaknya, jatuh saja gewang dia dahulu yang menerkam....akibatnya 2 ekor Ungah hanya sempat mengiringi Sumpit-sumpit ni naik ke bot....tekejut kami melihat ungah tersebut
 Hasil trolling pertama, setelah titir bagak ku lepas semasa mau disauk....gewang menyangkut di tepi net sauk....
 Hasil trolling ke 2
 Hasil casting di Sg Pongol
 Kerapu di Bintuka semakin memilih....mau soft plastik saja sekarang ni....
 Hello Pren...makan rambutan ya....awas.....jika diberi sekali pasti Pren ini akan mengikuti anda sepanjang tebing sungai....
Udang zerek sangat sesuai untuk memburu kerapu dengan mata kail yang tersembunyi....lempar saja pasti tidak sangkut