TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP MENGAJAR ORANG BARU YANG SUDI BERGURU

Rasanya hampir sebulan lebih sudah saya tidak mengaplot gambar-gambar aktiviti terbaru yang saya lakukan. Walau pun boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja aktiviti casting dan popping yang saya lakukan. Bukan apa, kesibukan kerja membuatkan aku stress.....dan baru kelmarin saya balik dari Pulau Langkawi dan Kuala Lumpur...Rasanya terlalu cepat masa berlalu dan kita sudah menghampiri penghujung 2012. Gambar terbaru yang dipaparkan ini merupakan trip mengajar rakan baru ( Saudara Azam )  yang ingin belajar lebih cara Bot Base Casting dan beliau juga ingin belajar bagaimana cara-cara membawa bot. Sebelum trip, awal-awal lagi saya sudah menyatakan bahawa jangan meletakkan harapan tinggi untuk strike bagak kerana Bintuka semakin sepi dari strike kerana keadaan cuaca yang sentiasa tidak menentu. Syukur beliau seorang pencinta Casting yang memahami keadaan tersebut dan apa yang lebih penting, banyak Ilmu dan tip berguna yang beliau perolehi dari seorang Caster Amatur yang sangat mencintai Bintuka. 
Impian tercapai.....akhirnya Azam pandai mengendalikan Bot

Halangan awal yang terpaksa dihadapi....pokok tumbang menghalang laluan 
Zam tingkatkan kemahiran jadi Caruk Man
Terpaksa menunggu air surut sedikit baru kami dapat menyorok dibawah kayu ini
Inilah caranya...bot ini mudah sedikit menyorok bawah batang kayu  ni kerana botnya rendah....bila tiba giliran kami....sangsara bukan main kerana bot kami tinggi enjinnya

Balik-balik mis calll bila guna udang zerek yang besar...bila tukar yang kecil...terus lekat

Jangan ditiru ya....ini skim cepat kaya...hanya saya saja yg boleh pakai....Made In K.O.B 
Akhirnya dapat juga si Azam bila balik-balik mis call
Memang susah mencari strike....bayangkan di lubuk kerapu pun hanya 2 ekor saja yg berjaya kami naikkan
Lure Afrika ni memang sangat disukai....terbukti keberkesanannya
Setelah lama menanti akhirnya ada juga yang sudi...fikir selungsung....maklumlah dilubuk selungsung...rupa-rupanya...sang titir