TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP HARI RAYA DI BINTUKA 2012

Pada hari raya tahun ni, saya berhari raya di kg halaman saya iatu di Kg Nyaris-nyaris Bongawan. Kali ni merupakan giliran untuk saya membawa isteri & anak-anak untuk berhari raya di Bongawan kerana pada tahun lepas kami berhari raya di Bintuka. Setelah 3 hari beraya di Bongawan, pada hari raya ke 4, selesai sahaja trip Casting di....tempat yang dirahsiakan  bukan apa, atas permintaan tuan punya kawasan kerana Sungai ini sangat hebat dengan MJ nya, kami sekeluarga balik ke Bintuka.  Setiap tahun, macam biasa sebelum hari raya segala perancangan untuk trip ke Bintuka sudah ada dalam kepala ku. Kali ni aku mengajak ipar ku Syam untuk casting sepenuh masa. Kali pertama ipar ku casting sepenuh masa....memang dahsyat, apa tidaknya, bukan sekali dua gewang terbang terus diatas pokok bakau....boleh dikatakan inilah rekod casting pokok ....bebelasan kali....Namun itu perkara biasa bagi saya untuk mendidiknya menjadi caster......Alhamdulillah, walau pun tiada Mj yang sudi....kerapu pun kerapulah....Kehadiran kerapu yang bagak-bagak membuatkan aku nekad untuk turun sekali lagi ke esokkan harinya. Namun kali ni aku hanya turun secara solo, kerana ipar ku ada program lain dan hari ni lah nasib ku paling malang apabila aku cuai ketika cuba menanggalkan gewang dari mulut kerapu........

Maaf gambar berkabus kerna kanta camera tidak bersih. Kerapu sais begini semakin sukar di perolehi dan oleh kerana hasil yang baik aku nekad untuk beraksi secara solo keesokkan harinya
Mamat ni pantang diberi makanan....bila di bagi, sepanjang sungai ia mengekori kami, risau juga aku ia melompat masuk ke dalam Bot, mana tau tiba-tiba" boleh join casting bang"...heheheheh.....
Ipar ku Syam dengan lisen Casting pertamnya
Jarang-jarang ku gunakan Hot Tiger ni...dapat juga ia menyumbangkan hasil
Hari kedua ku casting, sebelum ku sampai ke Port sasaran, sempat ku menunda bot penduduk tempatan yang rosak & menghantarnya laluan pulang  setelah berdayung selama lebih 2 jam . Menurut abang ni, ia amat kecewa dengan 3 orang pemancing yang menyewa sebuah bot  Hj Kumit kerana tidak mahu menolong menunda botnya. Sedangkan orang tersebut pernah ditolongnya.  Ingatlah wahai pemancing...ini kawasan orang Bintuka, kalau ada orang tempatan minta tolong kerana Bot nya rosak....tolonglah....tidak rugi satu sen pun kalau menolong orang, mungkin nanti giliran kita yang kena..
Kerapu hari kedua pertama
Inilah kerapu yang membuatkan jari ku kena Hook Up....salah sendiri kerana cuai, jangan salahkan kerapu....Namun selepas kena, cut hook tu, aku terus casting namun tiada mood sudah mau ambil gambar hasil....