TRIP BINTUKA SEMPENA CUTI HARI MALAYSIA pada 16 Sep 2012 merupakan trip pertama selepas jari ku terkena treble hooks pada raya ke enam yang lalu. Trip kali ni aku ditemani oleh Junior Team Lempayun iaitu Bobbih Boy yang ingin menuntut sedikit ilmu & pengalaman dari ku. Selain Bobbih, trip ini juga disertai oleh Sulaiman bersama Acai, manakala Samoi berpatner dengan Jamal, Tatoo bersama Hasbullah dan Remmy berpatner bersama Evo. Sampai sahaja di Jeti kami berpecah menuju destinasi masing-masing, dan berjanji akan berjumpa di Balingkatak pada sebelah tengahari untuk makan bersama-sama. Aku membawa Bobbih ke kawasan Ladang dan terus ke Maidin manakala rakan-rakan yang lain terus ke Kolam untuk mengasak selungsung...namun apa yang boleh dikatakan trip kali ni kurang memberangsangkan dengan strike walaupun ada MJ bagak & Selungsung yang kami naikkan...namun macam biasa BINTUKA adalah Dunia yang indah dan tidak membosan...andai kata siang 24 jam....24 jam lah jua kami disana......lupa anak bini dirumah....
Bobbih dengan strike pertama...sanggup berbelanja besar semata-mata mahu memenuhi minat Casting
Larian Ungah ni memang dahsyat....tidak sempat ku mengetatkan drag, nasib baik aku tenang melayan kerenahnya dengan membuat tekanan manja pada spool dengan menggunakan ibu jari. Cuma minta Maaf kerana gambar bersama tuannya tidak dapat di Publish sehingga urusan rasmi selesai
Apa tidak gewang hancur kalau gigi taring Ungah ni macam penyungkil gigi
Wajah ayu Acai yang tidak berselera makan selepas membuka tong ais kami...hehehe...berdarah
Partner ku ni...pura-pura beselera makan...pada hal ....paitttttttt
Siapa kah gerangan orang ni....The Lucky Man....Satu tewas dua kali ditewaskan...hehehe...Nya orang Nda Campin...tapi nya aku...Bukan Rezeki.....Apa tidaknya larian Mj Bagak dapat mengheret tali utama sepanjang 3 meter kedalam akar bakau walaupun sudah di up grade dragnya, yang membuatkan tali utama terpaksa diputuskan dan diikat diranting bakau. Sewaktu dalam perjalanan pulang, sewaktu air surut mereka singgah dan mendapati gewang masih ada tersangkut di celah akar bakau
Wajah ceria dengan hasil masing-masing
Petang tu aku cuba lalu dilaluan Halimunan...hahahah tesadai kerana air terlalu tohor....terpaksa Bobbih menarik bot.....
Wajah siapakah ni....Orang yang jarang tewas namun kali ni ditewaskan oleh sang Barra
Hehehe Rockkkkkk.....inilah dia Pemandu uji Bot Drift di Bintuka....juga kena buli oleh selungsung & ungah Monster....kecewa disaat akhir namun aksi Drift nya cukup hebat dan menghiburkan aku & Bobbih