Dalam paparan kali ni saya ingin memberi sedikit tips cara untuk menyelamatkan set pancing anda dari terus berkubur dan menjadi tukun didalam sungai. Gambar yang dipaparkan merupakan gambar sebenar set casting seorang ahli BCC yang jatuh kedalam sungai dan ditinggalkan selama 5 hari, setelah usaha menyelamat yang mereka jalankan tidak berjaya. Saya dimaklumkan semasa set casting ini jatuh pemiliknya hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat sesuatu. Setelah set mendampar kedasar barulah mereka cuba menyelamatkan dengan kaedah menyelam namun dasar yang dalam membuatkan rakan mereka tidak sampai kedasar. Secara kebetulan seorang rakan mereka telah membawa saya casting disungai ini dan selepas casting saya meminta beliau menunjukkan tempat set casting tersebut jatuh & disinilah saya menunjukkan skil SWAMPS PEOPLE saya...heheheh
Inilah hasilnya set baru pertama kali digunakan dapat ku naikkan dengan alat penyelamat gewang. Namun usaha ini tidak akan berjaya jika anda tidak tahu caranya. Jika set pancing anda jatuh : Langkah pertama yang harus anda ambil ialah , Anda harus menanda tempat set pancing tersebut jatuh, seterusnya anda tidak harus berganjak, ikat bot atau turunkan sauh supaya anda tidak hilang jejak selepas itu sukat kedalaman sungai dan anda harus menagak berapakah jauh set pancing anda mendampar didasar berdasarkan tempat ia mula jatuh berdasarkan pergerakan air pasang atau surut. Kedua: Keluarkan penyelamat gewang anda, ambil trable hook dari gewang dan masukkan kedalam dawai penyelamat gewang.
Ketiga: Ubah kedudukan bot diatas aliran air sejauh 2 meter supaya bila penyelamat gewang dilemparkan ia akan dapat meramas dasar semasa ditarik
Keempat: Selepas itu anda harus melemparkan penyelamat gewang lebih jauh sedikit berdasarkan jarak anggaran ia mendampar dan tarik perlahan-lahan dan lakukan tanpa ada perasaan putus asa. Jika masih ada jodoh Trable Hooks akan mengait batang atau tali set pancing anda. USAHA TANGGA KEJAYAAN
Rasanya inilah BC paling tahan setakat ini, walaupun berendam selama 5 hari di sungai berair masin namun ia masih boleh digunakan tanpa ada karat pada ball beringnya
Selepas dinaikkan rendam terus diair tawar...terpaksa direndam dalam tong ais...kesejukanlah BC ni....
Sampai dirumah terus kena Servis
Bering dan anti RVS terus kena rendam dalam minyak anti karat
Kesudahannya.......BC & Joran ini pulang ke tangan tuannya heheheh....tidak aku sanggup memakai BC orang yang aku kenali, walaupun aku yang menaikkan dari dalam air setelah lima hari ditinggalkan, lebih-lebih lagi boi ni sangat minat Casting dan set casting ini....BC + Joran Abu, Tali sulan Varivas ini adalah hasil titik peluhnya berniaga di Bazar Ramadan selama sebulan......Cuma buat renungan....jika anda tidak mahu set casting anda jatuh kedalam air....ikatlah tali penyelamat yang pendek pada rod seperti tali camera dan jika ia terlepas tali akan jadi penyelamat...renung-renungkan.....