Macam Mundu
Dalam Tinjau Port Part III ni saya sempat singgah di bawah jambatan sungai Gayang Tuaran semasa menunggu sesi ke III kursus Pengurusan Penyampaian Berkesan di INTAN.Apa yang saya perolehi bukan lah ikan tapi maklumat berguna kepada kaki-kaki pancing dimana ada seorang pemuda sedang mengusahakan khidmat menghantar pemancing-pemancing ke tiang-tiang jambatan dengan harga Rm 5 sekepala dan khidmat sewa bot juga diperkenalkan dengan harga Rm 50 untuk 6 jam. Esok ( 10 okt 2009 )Team Ombakbiru akan beraksi dengan bot sewa ini untuk Casting & Trolling