TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Sub Marine ( Penyelamat Gewang Buatan Sendiri )

1
2

3


4



5




6






7






















LANGKAH-LA NGKAH
1.Sediakan bambu untuk dijadikan acuan
2.Sediakan dawai stell
3.Sediakan timah ( Bateri Kereta terbuang )
4.Pot susu tempat memasak timah
5.Potong bambu mengikut kehendak dan buat 2 lubang diatas dan 2 ditepi seperti dalam gambar 1 & 2
6.Potong dawai stell dan masukkan dilubang tepi kiri & kanan
7.Buat 2 gegelung dawai untuk laluan tali dan letakkan dilubang atas & pastikan hujung dawai dilipat rapat untuk mengelakkan ia tercabut bila sudah siap
Sun Marine ( Penyelamat Gewang ) amat penting bagi seorang kaki casting.Bukan apa sayang gewang murah dan mahal menjadi tukun akibat tersangkut sama ada dibatang kayu,dicelah batu atau sisa pukat yang ditinggalkan. Sub Marine ni ada dijual di kedai-kedai pancing dengan harga Rm 25-Rm1oo keatas berdasarkan jenama dan keberatannya.Namun saya lebih suka membuat sendiri Sub Marine ini kerana saya suka dan kosnya pun murah.Sebagai kaki pancing anda harus belajar pelbagai-bagai ilmu berkaitan pancing bukan hanya mengharap dengan tauke kail yang hanya tau untung & Sub Marine buatan saya ni lebih ringan dan sesuai digunakan ketika casting ditebing atau dari atas bot.

8.Untuk pengikat tali penyelamat,masukkan satu dawai stell di lubang hadapan seperti dalam gambar dan jangan lupa dilipat rapat
9.Jika sudah siap pastikan ia macam gambar 1
10.Tanam hujung tempat pengikat tali utama kedalam tanah,seperti dalam gambar 3
11.Masak timah dan bila sudah mencair,tuangkan kedalam acuan dan biarkan sehingga sejuk,jangan dipegang sebab ia sangat panas cth gambar 4
12.Bila sudah sejuk,pecahkan acuan dengan berhati-hati
13.Langkah terakhir buat bentuk seperti gambar 6 diatas,panjang sukat berdasarkan panjang gewang yang paling panjang anda miliki
14.Bila sudah siap ikat lah dengan tali.Saya lebih suka menggunakan tangsi 200 lbs