Jm 5.20 pagi, Crocs ampulur sudah mengSMS,memandangkan hujan tiba-tiba lebat,jadi saya terpaksa memberitahu tunggu sehingga hujan berhenti. Jm 6.00 pagi saya ke rumah c Crocs ampulur dan kami terus ke muara sg petagas,sedih...akibat hujan lebat semalam air sg menjadi keruh.Lalu kami terus ke Teluk Villa untuk mencuba nasib,aduh berombak pula.
Crocs ampulur sedang meninjau port
Semasa di teluk Villa,kami lihat ada orang sedang memancing,lalu kami menghampiri dan berkenalan.Rupa-rupanya brother ni Mat Malaya berasal dari negeri Sembilan.Abang ni memberitahu kemarin ( 2 okt 2009 ) jam 2 petang pancingnya telah terbang kelaut ditarik ikan besar sehingga tidak sempat di capai. Namun belum pun sampai 10 minit kami bercerita tiba-tiba pancingnya melentur dan beliau dapat menaikkan seekor anak pari reben.Selepas tu kami pun meminta diri untuk beredar kerana hujan dan akhirnya sesi casting bertukar menjadi sesi Meninjau Lubuk yang berakhir di Restoran Koboi Town,Petagas dengan sesi makan Rojak & Soto Koboi
Mat Malaya dari N 9