Sesi memasak merupakan satu aktiviti paling wajib saya lakukan bila turun beraksi di Bintuka. Tidak kira memasak maggi, ikan hasil pancing, udang umpan atau udang fress yang dibeli dari penduduk yang tinggal di Muara Maidin @ Mata Belanak. Bagi saya bila turun ke Bintuka, strikee bukan keutamaan ...keutamaan adalan asal turun beraksi.hasil kira belakang...tapi memasak satu ke utamaan saya sambil enjoy-enjoy. Sebab itulah saya akan sentiasa singgah di Mata Belanak untuk membeli udang Fress yang rasanya kita tidak akan jumpa di Pasar Ikan. Harga di sini masih murah..bayangkan udang sebesar Ibu Jari orang dewasa masih sekitar RM20-25 sahaja...berbanding di Pasar antara RM30-40 ...Jika nasib baik boleh dapat RM16-18 sekilo jika kena musimnya. Dulu saya menggunakan Lilin tentera bersama tambak ...mudah dibawa kemana-mana, kini saya menggunakan Kit Memasak kecil bersama gas di Tong kecil....Biasanya sebelum jalan bahan memasak seperti bawang,Lada, Serai, Halia, Garam dan Tuan Haji No Moto akan saya sediakan lebih awal takut tertinggal....begitu juga dengan Belanga Kecil manakala Kit tentera sentiasa didalam Box takut dapur tidak berfungsi...
Ikan fress besapak umpan ...kehhhhh...Kenangan Bersama Sipo Kamal Kupun dan Hajeul Apal
Trip Solo masak Udang dan Maggi
Udang Umpan yang besar jangan digunakan utk umpan...baik dimasak
Maggi kari sentiasa ada dalam Box Doremon Ku...kalau tiada mahu dimasak...maggi jadi penyelamat
Beginilah memasak diatas Bot...mesti ada papan
Udang yang dibeli di Mata Belanak...
Fress...tiger pun ada...ini baru RM15 ringgit...klu makan direstoran....berapa yg perlu dibayar
Kenangan bersama IR setelah lama beliau berehat...enjoy enjoy saja kami
Belanga Outdoor sentiasa ada didalam Box bersama lilin tentera...untuk Back Up andai kata Belanga utama dan gas tertinggal atau habis
Kenangan Bersama Dr Jazlan...masak waktu mahu ribut....
Masak guna dapur khas lebih selamat berbanding guna Lilin tentera...