TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

LIGHT POPPING

Salam semua, rasanya terlalu lama sdh saya tidak Up date Blok TOB ni...bukan apa ...kata laluan terlupa...serta sibuk urusan kerja membuatkan saya sukar untuk mengupdate, senyap bukan bererti tiada aksi...atau menapuk ( menyembunyikan)  hasil tetapi jauh dari itu memang saya sangat suka berkongsi hasil dan pengalaman dengan semua kaki kaki pancing untuk membakar semangat agar terus mencuba teknik yang telah lama diperkenalkan kepada kita. Kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan2 yang tentang teknik POPPING.Kali ini saya akan berkongsikan aksi Light Popping dipadang sasar saya.


Pasti semua kaki pancing  mengetahui tentang teknik ini, cuma jarang mempraktikkannya ketika turun kelaut.Mungkin lebih berminat Micro & Light Jigging atau Bottom. Bagi saya yang tidak mempraktikkan teknik Bottom, saya lebih gemar menggunakan umpan palsu ( Jigskirt,Jig,Popper & Lure ) jika turun ke laut di sekitar Kota Kinabalu.


Bagi saya popping antara teknik yang amat berkesan untuk menipu GT dan kekadang Barracuda juga akan tertipu dengan teknik ini. Berdasarkan pengalaman popping memerlukan ernegy....jadi dinasihatkan agar mengambil sarapan sebelum Popping atau membawa makanan...pasti anda akan cepat lapar dan haus jika popping berterusan.

Berdasarkan pengalaman, GT lebih kerap menyambar popper jika anak anak bilis banyak dipermukaan dan waktu terbaik memburunya adalah di awal pagi dan petang namun ini bergantung dengan pasang surut...jika air terlalu surut dan tinggi pasti sukar untuk memburu GT. Biasanya bila laut bergelora...waktu ini lg lebih afdal...tapi amat sukar untuk melakukan aktiviti popping...namun ada teknik lain yang digunakan...Jig Cast...Ini berdasarkan pengalaman setahun jagung saya.


Jika ditanya apakah warna Popper Kegemaran saya dan rakan saya Mr Rino..pastinya Silver dan Red Head yang kami anggap Lagend menjadi kegemaran kami.








( Gambar On Line )
Jenama Popper kegemaran kami pula adalah jenama Hinomiya yang telah lama wujud tetapi tidak laku kerana jenamnya Hinomiya dan murah...saya berpandangan jauh...dari tahun 2008 saya mula mengumpul Popper ini kerana saya anggap ia Popper Ekonomi yg saya mampu, akhirnya banyak  stok yg saya ada..bila Popper ini sdh tidak dikeluarkan ramai yg mencarinya...saya tetap yakin popper murah tetap juga akan strikee.

Ted Head memang Lagend ( Gambar On Line )



Jika ditanya apakah rod yang sesuai untuk Light Popping...Bagi saya rod popping mesti disesuaikan dengan padang sasar tpt kita beraksi serta berat dan sais popper yang kita gunakan. Untuk aksi Light Popping, Saya lebih suka menggunakan rod Costom sendiri  Pe1-1.5 sahaja, ia tidaklah terlalu keras dan boleh menyentap popper dengan baik kesannya popper boleh mengeluarkan bunyi ketika diaksikan. Manakala  bagi saya, Popper bersais 4 inci - 12 inci ( 18g-32g ) adalah yang sesuai untuk aksi Light Popping. Bagi line utama pula saya suka menggunakan Braided Ekonomi 20lbs kerana lebih lancar bila popper dilontarkan manakala Leader 40-50lbs.

 Port permainan saya bukanlah tempat yang dalam...Gt gemar meronda dikawasan  takat cetek berbatu menunggol dan berpasir untuk mencari makanan...bila anak bilis halus banyak..masa inilah masa terbaik memburu GT..Disember - Mac adalah waktu paling meriah

Inilah sahabat saya bila Popping Mr Rino...beliau sangat garang dan kasar bila main popper tetapi tewas juga bila dirumah...keh keh keh