Rasanya sudah lama saya tidak mempaparkan aktiviti Custom Rod. Sebenarnya sudah berpuluh-puluh rod casting 4.8 kaki saya custom untuk rakan-rakan yang meminati Rod K.O.B Style yang lembut dan pendik bagi memudahkan pergerakan pergelangan ketika melemparkan gewang. Rod pendik amat sesuai untuk aktiviti botbase casting . Anda tidak memerlukan banyak tenaga untuk melemparkan gewang, anda tidak perlu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk melemparkan gewang...cukup sekadar menggunakan pergelangan. Gambar rod yang dipaparkan merupakan rod untuk kegunaan sendiri Pe04-08
Proses membuat butt...dari sebatang menjadi 3 komponan
Butt bahagian bawah sekali
Butt bahagian depan dan belakang reelseat
Sesudah siap di bentuk
Butt Pemegang.. Test try...
Butt Bawah.. Test try....
Bahagian Depan...test try
Double Butt...Test Try
Sudah di tacap...ring penutup eva bawah dr silver menjadi merah
Ini pun sama ring penutup eva pemegang dari silver menjadi merah
Ini pun sama merah juga penutup eva depan sekali
Inilah kejadiannya...Cuma ini belum siap 100%...nanti saya akan kongsikan lagi....