TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Candat Sotong edisi Blog bukan Majalah Pancing

 Sotong merupakan spesis bermusim dan hanya akan dapat di candat dengan mudah  bila musimnya tiba. Musim sotong akan bermula sekitar bulan Januari hingga Mei.  Biasanya di Bongawan, sotong kalabutan merupakan spesis istemewa, kerana ia hanya boleh dicandat dengan menyediakan pusat persinggahan atau rumah sotong yang dibuat dari daun nipah yang dinamakan Lawa-lawa Budai. Sebenarnya artikel sotong ini sudah pun di terbitkan dalam majalah Pancing bulan Februari yang lalu. Namun saya belum berkesempatan berkongsi gambar dengan pengunjung-pengunjung Blog T.O.B. Mencandat sotong di lawa-lawa budai memerlukan kemahiran, bukan seperti mencandat sotong Jarum pada waktu malam. Di Lawa-lawa Budai, skil mengesan sotong memerlukan pengetahuan tentang berapa beringkat jumlah daun nipah yang di ikat didalam air. Biasanya sebanyak 7 batang daun nipah diikat secara berperingkat untuk menjadi tempat persinggahan sotong. Jika udang-udang/ candat sotong tersasar dari daun nipah, sotong tidak akan menerkam candat.
Lawa-lawa budai utk sotong & Tangah Patera menyediakan Ikan Palsu untuk menunda ikan Duai @ Bawal sebelum di selambau

 Pengalam mencandat sotong kali ni merupakan pengalaman yang adan sukar saya lupakan. Apa tidaknya, pada trip kedua kami terkena ribut yang menyebabkan laut sangat bergelora, berkabus / memutih sehingga daratan tidak nampak. Jarak pandangan hanya sekitar 5 meter. Malah bot kami hampir2 terbalik dipukul alun besar.Lebih menakutkan apabila tangah patera sukar mengesan kedudukan daratan dalam keadaan yang sangat bergelora. Ini membuatkan aku sangat ketakutan dan mengigil...aku terus teringatkan anak bini ku dirumah...alhamdulillah syukur setelah hampir sejam meredah gelora akhirnya kami selamat tiba di muara sungai bongawan dalam keadaan basah kuyup...





Sotong terbesar dan terakhir sebelum laut bergelora & angin kuat
Warna hijau paling digemari oleh sotong di lawa-lawa tangah Patera

Awan & Angin jahat sudah datang...laut mula bergelora dan waktu nilah kami terus meninggalkan lawa-lawa sotong...

Senang hati bila tiba di muara sg Bongawan dengan selamat
Dalam perjalanan Si Fuad tidak henti-henti menimba air didalam bot