Trip 1-3 Jun 2012 merupakan trip kedua untuk tahun 2012 selepas trip bulan April yang dibatalkan gara-gara boking kapal bertindih dengan LABUAN INTERNATIONAL GAME FISHING TOURNAMENT 2012. Pada asalnya trip ini dijadualkan pada 29-31 Mei sempena cuti Pesta Kaamatan bagi negeri Sabah, namun amat mendukacitakan apabila tikong memberitahu bahawa boking kami diambil orang kerana team tersebut sudah memberi diposit. Sebagai pengurus trip, saya sangat kecewa dengan sikap tikong dan juga merangkap pemilik bot tersebut. Bukan apa hampir 11 tahun dalam arena laut dalam di Kota Kinabalu ini dan banyak kali menyertai trip-trip yang dianjurkan oleh Otai-otai laut dalam, belum pernah ada pemilik kapal atau penganjur trip yang meminta diposit untuk trip yang akan kami sertai....Kecewa dengan sikap tikong, aku menghubungi Abg Ibrahim ( Otai & Master Deep Sea ) mana lah tahu beliau boleh membantu untuk mendapatkan bot untuk kami ke Deep Sea. Alhamdulillah...beliau memberitahu 1-3 Jun 2012 kapal C DIN tikong paling hebat di KK ni kosong dan kami akan bertolak selepas sembahyang Jumaat.....Dipendikkan cerita segalanya berjalan lancar sehinggalah jam 1.30 tengahari ketika ku sampai di Jeti dimana Saudara Bung, Ajis, Junaidi, Ust Remi, Ahmad, Dr, Atim dan Pitut sudah berkumpul dijeti dan hanya Dahali dan Lempayun lagi yang belum sampai , abg Ibrahim menelepon dengan khabar duka apabila beliau memberi tahu bahawa Kapal C Din menghadapi masalah di Tengah laut dan dalam perjalanan pulang dengan kelajuan 4-5 knot 1km....aduhhhhhhh....umpan sudah dibeli.....Khabar duka ini kami terima dengan iringan angin barat daya yang semakin kencang dan kedukaan ini kami terima dengan hati terbuka walaupun perit kerana sejak seminggu lalu fikiran kami semua tertumpu dengan aksi laut dalam.........Walaupun duka namun kami tetap tidak berputus asa kerana ini merupakan adat dan tridisi bagi kaki kail yang tegar....Namun semua ini adalah ketentuan dan ada hikmahnya.... Sewaktu balik Ust Remy dan Sepupu ku saudara Osman A.K.A Lempayun menelipon bahawa amaran angin kencang telah dikeluarkan dan merbahaya kepada aktiviti laut.....Syukur...inilah hikmahnya. Namun malang bagi Team Kak Nonong yang bertolak pada jam 2 pm terpaksa pulang pada subuh 2 hb kerana semua pemancingnya mabuk kerana laut bergelora.......Oleh itu, saya selaku pengurus trip ingin meminta maaf kepada semua rakan atas permasalahan yang tidak diduga ini......
Sedang merunding Taukeh kapal KK Law kalau-kalau dia mahu bagi kami naik kapalnya....heheheh
Ust Remy dengan Dr...sabar menanti .......
Hahaha....muka gumbira ..tapi hati siapa tahu.......My Brother Dahali & Atim
Isteri siapalah yang setia menemani suami-suaminya ke jeti ni.....TQ
Ini baru barang & peralatan untuk 3 orang...kalau dikumpulkan seramai 11 orang....ribu-ribu jua nilainya
Tabik untuk saudara Bung, Ajis & Junaidi....walau pun datang dari jauh namun langsung tidak merungut apabila diberitahu tentang masalah kapal....sebab mereka faham