TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

BINTUKA SEMAKIN SUNYI

Trip 12 May 2012 : Sejak kebelakangan ni kemeriahan sungai Bintuka semakin minggu semakin sunyi. Keadaan ini memang jelas  kerana ramai caster-caster mahu berehat setelah kerap dilanda Virus Kumpau yang melampau.Apa tidaknya, jangankan MJ, bapak kerapu, anak-anak kerapu pun sudah sangat sukar dijumpai .Biasanya pada hujung minggu sukar untuk menyewa Bot Hj Kumit malah sungai Bintuka juga akan sentiasa bising dengan pecutan mat rempit untuk mengejar port Mj namun sekarang segalanya bertukar menjadi sunyi sepi. Keadaan kumpau yang melampau sejak kebelakangan ini membuatkan ada diantara caster sudah mula mengikuti tiupan  angin Monsun sementara kearena Golf, Arena Laut Dalam, mengail udang dan tidak kurang juga yang berpindah arah ke lubuk-lubuk baru di sebelah Utara.   Bagi saya,  kunjungan kali ni merupakan titik tolak  sebagai pengukur untuk  melakukan acara 3 in 1 semula di Bintuka setelah dua bulan berehat dari arena casting. Maklumlah sekarang ni ikan-ikan di Bintuka sudah berpendidikan, sudah tahu mana satu umpan palsu atau umpan ori. Kunjungan kali ni saya ditemani oleh saudara Rino yang sangat gatal hatinya untuk beraksi di kawasan Bintuka. Sebelum ni beliau sudah beberapa kali beraksi di Sg Menumbuk dan kali ni beliau mahu merasa beraksi sehingga ke Muara Bintuka . Keadaan air boleh dikatakan sangat cantik pada hari ini namun setelah seharian casting hanya titir, sumpit-sumpit dan bulan-bulan sahaja yang sudi menerjah gewang kami. Ini membuatkan aku dan si Rino mengambil keputusan untuk balik awal dan sempat  lagi kami tidur sejam lebih di simpang tiga jalan pulang tanpa gangguan Bot.....Betul-betul sunyi......Bila sampai di Jeti lagi parah, apa tidaknya ada pemancing yang berjaya menaikkan empat ekor ikan Kurau......lepas ni baiklah ku Membottom dulu......

 Dari Sg Pengalat  Papar ke Sg Bintuka Beaufort hanya titir sahaja yang sudi.....
 Sumpit-sumpit pun sumpit-sumpit lah yg penting layannnn.....
 Ku pikir anak selungsung...rupa-rupanya kau pula bulan-bulan
Rino memang rajin cast, aku paling banyak berehat....hilang mood sebab kerapu hitam pun susah sudah mau dicari