TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP TERJAH GULUNG-GULUNGAN & MENUMBUK

Trip Bintuka ( 23.1.2012 ) kali ni merupakan trip yang tidak dirancang asalnya selepas Bongawan Caster Commenity yang berjaya ku anjurkan pada 8.1.2012 yang lalu. Ini kerana sejak hujung tahun yang lalu aku mulai sibuk dengan kerja-kerja dipejabat sehinggakan hujung minggu pun terpaksa berada dipejabat memantau kakitangan yang membuat kerja lebih masa ( OT ). Kesibukkan ini membuatkan aku sentiasa berdarah melihat rakan-rakan enjoy turun casting ke Bintuka sejak awal tahun , malah lebih berdarah lagi apabila melihat Ungah, Selunggsung & Tembaring yang over sais berjaya ditewaskan. Ini membuatkan aku tidak tahan menahan kesengsaraan gian Bintuka, dalam kepala ku sentiasa ada bunga cabang sungai dan bunga bangkar yang sedang menjadi permainan ikan-ikan sasaran....heheheheh. Cuti tahun baru cina terus ku gunakan untuk melepaskan gian Bintuka ku bersama Master Kamal Kupon, Sulaiman & Si Ajit. Namun keadaan air yang terlampau surut dan sejuk membuatkan trip kami tidak SUKSES


Master Kamal merupakan Orang kuat Weston yang sentiasa SUKSES bila memburu GT di Bangkaduan, namun kali ni hatinya kuat untuk casting sepenuh masa bersama ku

Stady saja beliau ni membawa Injen Bot....relek ku terus....Inilah First time ku jadi pendayung & Sauh Man sepanuh masa
Biasalahlah Mal...titir memang jadi penghibur dikala sunyi....heheheh
MJ tunggal yang berjaya ku pujuk di Gulung-Gulungan
R2C yang diberi sentuhan warna baru...tiada warna ni dipasaran


Awan Jahat 1: Kami mula memecut



Awan Jahat 2 : Slow kami balik...rasanya kami tidak akan terkena hujan sebab ia bergerak ke arah lain



Awan Jahat 3 : Berubah bentuk macam mahu jadi puting beliung sudah...Namun bila kami sampai di jeti hujan lebat terus turun....SELAMAT kami tidak terkena hujan....