TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

PENUTUP 2011 PART II

Selepas trip hari Sabtu sangat mengecewakan, hari khamis aku sekali lagi mengapil ke Bintuka bersama si Apik. Kali ni sasaran kami adalah lubuk kerapu Bintuka . Seawal jam 7 pagi kami sudah berada di port yang menjadi sasaran. Pagi yang sunyi diganggu oleh bunyi kocakkan ikan pemangsa yang sedang menyambar anak-anak ikan. KAmi begitu teruja bila melihat sana sini ada sambaran. Namun pagi ni gewang kami tidak dapat membangkitkan nafsu pemangsa yang ada ditebing akar bakau atau bangkar-bangkar yang nampak kewujudannya bila air terlalu surut. Mungkin faktor air terlalu surut dan sejuk menjadi punca ikan pemangsa tidak aktif. Namun segalanya menjadi meriah apabila apabila air mula bergerak.....Apik paling happy......semoga enjoy dengan paparan yang sempat aku rakamkan ini....
Gaya baru main tapuk-tapuk muka( sembunyi muka ).....heheheeh
Wajah kegembiraan si Apik......belum lagi menarik MJ sudah lebar senyuman mu Pik
Lesin Chee-lesin Chee..... Lesin ikan putih pertamanya

Perkara biasa....kalau sudah terlampau mahu mencelah dilorong sempit.....heheheh

Senyum saja tah kau Pik...lepas ni menangis kau rindu kerapu Bintuka.....Apik akan belayar ke Oversea hujung bulan ni semula

Tutup muka kunun...... Kerapu ni sangat suka warna terang...terutama warna Hijau,Orange, Kuning & Merah. Mana2 gewang yang ada warna ni pasti dibahamnya



Lihat ni...gewang yang ada warna hijau di belakang & disesudunya pun dibaham .....

Kerapu 1 kg ni menjadi penutup kami pada hari tu.....