TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

MERACUN SI REMY KE ARENA CASTING

Trip kali ni merupakan trip meracun & pengenalan arena paling casting paling Popular di Sabah untuk rakan sepejabat iaitu Mr Remy dan beliau ni merupakan ahli T.O.B yang paling lama berehat dalam arena memancing. Untuk keselesaan aku menggunakan bot no 9 agar mr Remy dapat belajar casting dengan selesa. Namun semua caster yang biasa ke Bintuka tidak gemar menggunakan bot ini bukan sahaja kerana sukar dikendalikan dengan pendayung jika menggunakan teknik lontaran jarak dekat dengan tebing malah minyak petrol juga perlu 25 liter jika mahu round the Bintuka, yang pasti ia akan sentiasa hinggap di tebing kerana mudah ditiup angin. Namun alah bisa sengal biasa....heheheh....memang penat mendayung & meng X jas bot ni...setiap kali mendampar ke tebing. Apa yang boleh dikatakan, nasib baik trip ini tidak kumpau, apa tidaknya dari Sg Bintuka Ke Sg Bangkeduan hanya 4 ekor sahaja yang berjaya kami naikkan. Manakala geng Keruak dan RTS ( Dahali & Si Badul ) berpesta kerapu di Muara Maidin. Namun itulah hakikatnya jika belum ada rezeki yg mahu dilimpahkan walau pun aku berjaya strike seekor monster di Sg Bangkeduan....Happy Go Lucky.....

Biasalah orang baru mesti ada yang terlajak diatas dahan bakau. Sedangkan yang mahir pun sekali sekala boleh terlajak diatas pokok bakau dan boleh dilagukan lagu negara ku....heheheh
Kewajipan boleh dilaksanakan dimana sahaja

Hahahahah....lesin ku selepas 9 jam casting......baik lepaskan semula

Kerapu hanya mahu menjamah gewang dikala hari mahu ke senja....lenguh betul memujuk ni...

Besar juga kerapu ku ni 1 kg lebih ni


Kata sulaiaman kalau kerapu hitam baik jangan digambar dengan tuan empunya sebab ikan ini saja yang sering menghentam gewang di Bintuka.....

Walau pun pertama kali casting & hanya dengan sedikit tunjuk ajar, Mr Remy sudah boleh menggunakan BC dan sudah boleh membuat lontaran jarak jauh dengan tepat dan jarang sangat menyangkut di ranting atau daun nipah. Rasanya kalau tiap-tiap minggu casting boleh sudah menggalahkan Sulaiman....heheheh

Bersantai dalam perjalanan pulang

Ini pula hasil Dahali dan si Badul