TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

GEWANG TIRUAN K.O.B

Rasanya sudah lama aku tidak menyentuh gewang untuk ditukar rupanya. Jika sebelum ini aku lebih suka menukar warna dengan menggunakan spry, namun kali ni aku cuba mempraktikkan warna spry dengan maker pen ilham dari si Badul @ Evolusi Semperiding dan Kapten Keruak. Penggunaan maker pen untuk membentuk corak yang diingini adalah lebih mudan dan ekonomi berbanding menggunakan cat spry yang sukar dan memerlukan kemahiran tinggi. Menggunakan marker pen untuk membuat corak tidak perlu kemahiran tinggi cukup sekadar tahu membuat lakaran dan ada imejinasi untuk membuat corak yang diingini. Namun bagi saya, biasanya corak yang menjadi pilihan adalah corak gewang yang panas dipasaran...hehehehe. Gewang yang akan menjadi mangsa biasanya gewang ekonomi & gewang sudah dipencenkan, namun ada juga gewang mahal diberi rupa baru jika tidak cantik dimata ku. Teknik untuk mengelakkan supaya warna maker Pen tidak luntur sangat mudah, jangan sembur clear selepas dilukis coraknya kerana ia akan membuatkan warna corak maker pen akan pecah atau seolah-olah meleleh kerana clear mengandungi bahan yang membolehkan warna maker pen cair. Cara paling baik ialah warna dulu gewang mengikut warna kesukaan, biarkan kering, lepas tu sembur clear,lepas kering baru lukis corak yang diingini .Kalau mau cantik lagi selepas itu celup gewang kedalam pengilat dan ini akan membuatkan warna maker pen akan kekal dan berkilat.Semoga enjoy dengan paparan ini. TQ


Pandangan depan

Gewang ni best digunakan dikawasan berbatu sebab ia pandai mengundur kebelakang jika kita berhenti menariknya




Lain daripada yang lain

Rasanya gewang apakah ini asalnya

Warna ni sebenarnya ilham dari Kapten geng keruak Dahali ,yang berpesta kerapu minyak di Bintuka bersama si Badul

Semua warna hampir sama corak pun sama...hehehe

Ini lagilah meniru Hot Tiger.....
Sebenarnya corak Hot Tiger paling menarik & mudah dibuat, sebab itulah aku tiru habis corak tu.......heheheheh