Setelah melalui perjalanan lebih 4 jam lebih dengan keadaan laut yang berolak akibat angin dan hujan lebat akhirnya pada jam 8.00 malam kami pun tiba di takat 340 untuk memulakan acara memancing sebelum ke takat 350 yang mengambil masa 2 jam lagi perjalanan.Keadaan laut yang agak bergelora pada malam tersebut membuatkan ada beberapa orang rakan yang pening dan mabuk dan menyukarkan aktiviti memancing.Keadaan ini bertambah kalut apabila bekalan elektrik dari penjana kuasa kapal terputus dan akibatnya kami bergelap untuk beberapa jam.Keadaan ini menyukarkan aktiviti memancing dan ramai yang mengambil keputusan untuk tidur sahaja.Jam 1 pagi aku bangun dan memulakan aktiiviti mencari tenggiri dan hasilnya pada jm 1.45 aku orang pertama berjaya menaikkan tenggiri 3 kg dan ini terus membuatkan rakan-rakan yang lain terus memasang kail tenggiri dan akhirnya Pian dan Jony berjaya menaikan tenggiri pada malam pertama dan disebelah paginya keriuhan bertambah meriah apabila kami masing-masing berpesta ikan
UNGAH AKA SIAKAP MERAH KELAPARAN
5 years ago