Setelah sebulan berlalu,akhirnya 3 Julai yang lalu saya bersama anak buah ku Wan Aizat meneruskan misi untuk menduga lubuk baru di Bintuka dan pada masa yang sama Geng2 KPN KK seramai 10 orang juga turun untuk misi Casting.Seawal jam 6 pagi kami sudah berada di Jeti dan terus mendapatkan umpan namun sais umpan tidak sesuai untuk dijadikan umpan namun terpaksa jua dibeli dengan harga 3 puluh sen seekor.Setelah selesai memunggah peralatan kami pun memecut dan lima 5 perjalanan baru ku perasan Box peralatan ku tiada.........rupa-rupanya tertinggal di Jeti ..... aduh....petanda nda baik....terpaksa di ambil semula......Walau pun hasil kurang namun aku tetap tidak serik ke Bintuka.Bagi ku Bintuka memberi kepuasan dan potensi untuk mendapat ikan besar adalah tinggi.17 Julai ni aku akan kesana lagi untuk menduga MJ dan Selungsung bersama Din 707
Gt sais begini memang banyak di Bintuka tapi ini saja yang saya dapat....mana kau Gt...
GT Pertama yang berjaya dinaikan oleh C Wan setelah lama berehat kerana bersekolah
Titir yang terperdaya dengan gewang murah melalui aksi Trolling
GT Pertama yang berjaya dinaikan oleh C Wan setelah lama berehat kerana bersekolah
Titir yang terperdaya dengan gewang murah melalui aksi Trolling
Pari Harimau yang berjaya C wan daratkan di lubuk Yu yang sangat dalam lebih 20 depa