Pulau Mandi Darah...macam bahaya namanya....namun ia hanya sebuah nama dan inilah salah satu pulau yang menjadi syurga kepada kaki Jig jika kena masa dan waktunya.PMD menjadi kegilaan kaki Jig apabila Brader Y mula membawa rakan-rakan untuk main Jig sekitar tahun 2013 dan dari saat itulah PMD menjadi destinasi untuk mencari strike kasar. PMD terletak di utara Pitas dan kedudukannya adalah di Laut Sulu. Untuk sampai ke PMD, kaki pancing terpaksa melalui jalan tanah merah dari Pitas ke jeti Kg Mapan-mapan selama lebih kurang 2-3 jam bergantung dengan jenis kenderaan yang digunakan dan perjalanan dari jeti ke PMD hanya memakan masa sekitar 30 minit dengan bot laju. Secara ringkasnya, kepada kaki2 Jig yang ingin merasa keseronokan menjig dan ingin merasa menikmati hasil-hasil fresh yang dimasak terutama KIMA segar bolehlah berhubung dengan saudara Y di no 012-8316441 atau saudara Awang Safar di no 013-5500061...merek boleh mengatur trip dengan kos yang sangat memuaskan dan boleh makan sampai pecah perut.....Akhir kata terima kasih kerana sudi mampir ke Blog TOB yang semakin sunyi kerana yang empunya sangat sibuk....
Jeti Kg Mapan-Mapan, Pitas. Pintu masuk Ke PMD
Jeti Pulau Mandi Darah
MayDay MayDay...lambaian kecemasan...selepas enjin bot terbakar sebanyak 2 kali...Syukur Alhamdulillah api dapat kami padamkan...inilah trip hampir Mandi Darah namanya
Takat PMD...memang cantik, tapi jangan turun kerana banyak landak laut
My First BBGt di PMD dengan mengunakan Jig Skirt
Suhairi Vs Ebek
Sementara menunggu bantuan dari bot kedua yang di kemudi oleh Adam..Suhairi sempat strike sotong
Hahahaha....jauh jauh ke Takat Malawali...pisang-pisang saja yang sudi...lepas ni lah kami terkena ribut dan bot bermasalah...senyap seketika ( hari kedua )
Pulau tanpa pencuri ...Pancing kami letak di luar sahaja
Trip kedua..Jeff strike
Jeff..Imam kaki Jig...gara2 ribut kami hanya dapat main casting di belakang PMD
Awang Vs Ebek
Jef Vs Gerong Belang
Hj Ismail...Idola, Sifu, Master & Chef cook. Percaya atau tidak...beliau tidak pandai duduk semasa memancing.
Penulis strike Talang saja...
Haji strike ketambak
Y Vs Sagai
Ajis Vs Ebek
Juara tetap ketegori Ebek. Ebek 11 kg tewas ditangan Y dan Y lah orang pertama yang membuka laluan pintu untuk Kaki Jig ke PMD
Nasiblah ada lure mino yang dipinjamkan oleh Hj Ismail...boleh juga mengasting
Hj dengan Layaran Palsu
Ajis strike Talang
Adam mat salleh dari Lahad Datu Sabah juara trip pertama dengan ebek 7 kg
Fuss kaki pancing paling macho dan ensom dengan Bb Gt
Gt terbesar ku...dengan menggunakan teknik casting...Rod Xzoga Pe1, Reel Penn Batlle 1, Bradet cap ayam 8lbs...Lure Pinjam dari Hj Ismail...kehkehkeh
Sampai Jumpa lagi PMD...terima kasih kepada semua rakan2 yang menjaya trip bersama saya.