TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Ilmu Jigcast SIRI 2

Bila saja musim bubuk bermula, biasanya Gt akan mengejar bubuk untuk menjadi makanannya selain anak-anak bilis, memandangkan musim bubuk tidak semeriah tahun lalu di teluk Villa, maka Gt nya pun tidak semeriah tahun lalu. Apa yang jelas, Gt tahun ni kecil-kecil, yang saya andaikan GT penginap tetap d takat 2-3 meter tpt saya menjigcast...biasanya Gt besar tidak akan menghuni takat cetek dan hanya sekali sekala meronda untuk mencari makan...jika kebetulan timenya meronda terjumpa sotong tiruan pasti ia akan menghentam terus tanpa malu....

Bermain diatas takat cetek perlu mempunyai pengalaman, pengetahuan tentang struktur takat, kemahiran dan skil jigcast...jika tidak ada kemahiran tentang jigcast, pasti jig akan menyangkut di takat. Selain itu kemahiran menilai arah angin juga perlu agar pergerakan bot melalui takat yang hendak di jigcast...
Biasanya kehadiran Bb Gt boleh dikesan dengan mendengar bunyi letupan semasa ia menyambar bubuk atau anak-anak bilis...jika terjumpa...cepat-cepatlah membuat lontaran jig...pasti ia akan menghentam terus...jika misscal...jangan larikan jig, jig pelahan semula...biasanya GT tidak akan lari, ia akan mengejar semula jig yang digerakkan...Percayalah..ini bukan teori tapi kenyataan yang sudah saya alami selama ini...biasanya ia akan menyambar habis-habisan. Gt merupakan pemburu yang tidak pandai berputus asa...Selamat mencuba...jumpa lagi dalam siri jigcast yang akan datang...