Trip 4.1.2014 merupakan trip pembukaan bagi sesi 2014 bagi edisi Trip Bintuka. Kali ni saya mengajak Bobih untuk turun bersama. Selain itu sahabat baik saya Mr Sulaiman juga tidak mahu ketinggalan untuk turut serta dan berpatner bersama sepupu saya saudara Najulwah....Seperti biasa lah perjalan mesti seawal pagi...selepas subuh bobih sudah menunggu aku di rumah keluarga ku di Kg Nyaris-Nyaris Bongawan. Aku masih dalam perjalanan dari rumah ku di Kinarut, Papar. Dalam perjalanan aku menghubungi Sulaiman, adusss...hanya suara operator sahaja yang bercakap...setiba di rumah beliau ku di kg, aku terus memasukkan peralatan ke dalam kereta Bobbih, dan terus kerumah Sulaiman yang sudah sedia menunggu setelah terjaga dari mimpi lena....Oleh kerana Sulaiman bersalah menyebabkan kelewatan trip kali ni....dia menebus dengan membelanja kami bersarapan di Kedai Boni Joyo Pekan Bongawan....Heheheh...Hati Jangan Berkata-kata....siapa berkata2 hatinya nanti kumpau...kehkehkeh....bukan apa perjalanan dari bongawan ke Bintuka mengambil masa 1 jam lagi...jam 6.45 pagi barulah meneruskan perjalanan kami setelah kenyang bersarapan...dipendikkan cerita, bobbih menjadi campion dengan menaikkan baracuda 5.5kg
Bobbih hatinya tidak berkata-kata takala lewat sampai ke Bintuka dan hasilnya Bobbih mendapat MJ pembuka tirai 2014.....dengan rod Custom Made K.O.B
Senang hati anak kacukan Berunei + Cina ni dengan strike yang best gila......tapi rod tu juga yang Menanglah....Memang hati mu nda berkata-kata Bobih....
Akibat hati si Sulaiman dan Najulwah berkata-kata kerana bot seawal pagi sudah meragam.....Hahahah....macam biasalah ...mesti ada bot yang kong. 3 buah bot menarik sebuah bot memandangkan perjalanan sangat jauh untuk cepat sampai....dari jam 5.15 pm.....sampai di jeti Hj kumit 7.00 pm...thank to Najip, Salleh kerana sudi membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah, walaupun minyak bot hampir habis....
Sungguh gelap gulita...tidak pernah kami balik dalam keadaan sedemikian...sangat merbahaya kerana Sg Bintuka Banyak Buaya besar-besar....