Trip 7.10.2012 ni merupakan trip Selamat Datang Kedunia Casting untuk Hj Caster yang baru dalam bidang ni. Atas permintaan beliau, yang menempah Rod, 3 minggu yang lalu, dimana beliau mahu rod Customnya di rasmikan bersama pembuatnya di Bintuka...akhirnya ku tunaikan...Sepatutnya aku turun beraksi pada 6hb bersama Bobih Boi, namun oleh kerana tarikh tu ulang tahun ke 5th anak ku....trip terpaksa ku cansel....nasib baik ada bot kosong utk 7hb disaat akhir, dapat juga ku memenuhi hajat Hj ni mau turun bersama ku. Dalam trip ini, aku lebih kepada Mentor....dan sentiasa akan menjadi orang kedua untuk melemparkan gewang...Bila kita membawa orang baru, peranan kita adalah memberi galakan dan sokongan...bukan untuk menujuk-nunjuk kepakaran kita dan mengutuk kelemahan rakan....sehingga memberi tekanan kepadanya....Bagi ku, strike atau tidak yang penting rakan baru kita harus berpuas hati dengan trip yang beliau ikuti.....bukan untuk ditertawakan jika gewangnya melayang diatas pokok, bukan untuk dimarahi jika dia tidak tahu mendayung bot....jika benar Bot Man itu seorang yang hebat...ia mesti tahu segalanya....dari membawa bot sehingga mengawal bot untuk memberi ruang kepada rakan baru merasa nikmat casting....Yang jelas jika orang baru strike....ucapkan tahniah dan jangan pula diri sendiri rasa tertekan sehingga tidak memberi ruang kepada rakan baru untuk casting.....serta berilah tunjuk ajar kepadanya...bukan setakat tentang casting...malah dari semua aspek sehinga aspek keselamatan......
Mj ni akhirnya menjadi milik ku walau pun sudah puas di pujuk oleh Hj...
Welcom To Dunia Casting dan BCC...Hj
Strike ke dua Hj....memang strike kerapu ni tidak mampu memberi kepuasan kepada Hj yang sudah mendapat lesin Barra 5 kg ketika baru kali ke 3 casting di Kuala Penyu
Kerapu minyak pun kerapu minyaklah....yg penting strike
Sedikit info mengenai beliau....Abang Ipar SamoiTrable Hook, Minat Menyelam dan ada lesin, Minat main kereta control dan kapal terbang control, teracun kedunia casting oleh Samoi......orangnya cukup stady...dan cool......
Orang ni tidak perlu diperkenalkan....merangkap botman kedua Sulaiman...heheheh
Sejak kebelakangan ni jadual Sulaiman sungguh padat....hari sabtu Popping di Teluk Villa...Ahad pula turun ke Bintuka.....Isnin kalau ndada kelas Casting di Mandahan...heheheh
Ungah terbesar dalam trip ni milik Samoi...2.7 kg