TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

MENJEJAK TENGGIRI Part 1

Salam sepada semua pengunjung Blog T.O.B, maaf sebab lama tidak mengaplot lapaoran terbaru aktiviti T.O.B. Sebenarnya bukan tiada aktiviti memancing yang dibuat tapi blog ni yang buat hal....sampai susah aku mahu mengaplot gambar2 terbaru. Dalam laporan terbari ini, KOB ingin mempaparkan sedikit cerita pemburuan tenggiri di Perairan Laut China Selatan dimana takat tersebut digelar Takat Said. Berita kehadiran tenggiri di takat tersebut sudah mula heboh diperkatakan sejak minggu pertama bulan April ni, dimana nelayan yang memancing tenggiri berpesta apabila berjaya menaikkan sehingga 18 ekor seorang. Ini membuatkan ramai nelayan Part Time di Jeti teluk Villa teruja mahu ke sana termasuklah si Ampulur dan aku. Si Ampulur bergerak seawal jam 3 pagi, manakala aku bersama si Rino bergerak selepas subuh. Perjalanan ke takat tersebut mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menggunakan enjin sangkut 15hp.Aku hanya berpandukan bintang barat berdasarkan arah yang diberikan dan bila siang menampakkan diri aku terus menggunakan KOMPAS untuk menuju ke arah barat daya dan syukur akhirnya kami bertemu Mr Ampulur dengan rakan-rakan yang lain di tengah lautan. Namun hari ni kesemua kami tidak mendapat habuan yang dihajati mungkin lain kali ada lagi....TQ.....

Setiba di tengah lautan, si Ampulur dan partnernya sedang asik mengail Tenggiri, dan kami terus menghampiri untuk meminta umpan hidup yang mereka pukat 
 Pelangi ditengah lautan
 Sambil-sambil menunggu umpan hidup disambar tenggiri baik ku mengJig
 Peace KUMPAU
 Rino apa kau buat tu.....
 Rupa-rupanya membuka kulut tali sauh...hahahah
Jam 12 tengahari kami singgah di Padang Popping T.O.B....keadaan air yang terlalu jernih membuatkan popper tidak laku.....lapar perut kami dibuatnya....baik naik ke Jeti untuk melahap bekal yang kami bawa....