TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP BINTUKA IV / 2012 ( Trip Berasap )

Trip ke empat ni merupakan trip berasap kerana bukan sahaja aku yang berasap oleh MJ & Sang Putih Sulaiman, malah di akhir trip pula enjin bot pula yang berasap. Trip ke empat ni aku di sertai oleh saudara Azlin, Big Show, Ajit, Si Wan dan Sulaiman. Pada asalnya aku ingin menggunakan Bot N0 13, namun oleh kerana saudara Azlin ingin menyertai trip ini, jadi bot No 13 ku serahkan kepadanya dan aku mengunakan bot no 2 yang kong pada minggu sebelumnya. Namun aku diberitahu bahawa enjin tersebut baru di overhul, sebab itulah aku yakin untuk menggunakannya......namun setelah berjaya menaikkan beberapa ekor kerap, Mj dan Sang Putih , enjin mula buat hal....hampir 2 jam kami tersadai di Maidin, akhirnya aku dan si Ajit berjaya menghidupkannya.....namun dalam perjalanan pulang enjin tersebut lost power dan si Ajit yang berada di belakang memberi isyarat supaya mematikan enjin bot dan ku lihat enjin sudah berasap dan gaskit blog enjin sudah mencair............


Malas sudah ku begambar.....ia saja yang sudi......Rod Custom Made sulaiman pecah dara oleh Black Skin
Tidak sampai 5 minit sekali lagi sulaiman berjaya menawan sang Ungah...lagilah aku berasap....di serunya jimbarannya untuk bagi ungah....main buyuk....heheheh
Baru sahaja menurunkan gewang untuk melakukan aksi tundaan, tiba-tiba gewang keramat Sulaiman terus kena sambar Mamat ni.....Apa nda kana sambar kalau mulutnya nda beranti menyeru nama lauk putih.....hehehehe , nasib baik injin binasa mun inda....di suruhnya lagi jimbarannya menyangkutkan gewang di mulut selungsung...heheheh....berasap lagi aku......



Aku ini saja yang sudi.....berasap
Gara-gara nda perasan air penyejuk tiada keluar inilah akibatnya....yang herannya sebelum kejadian ini air dari waterpump ada keluar....apakan daya sudah nasib ku.....untuk kali kedua terkena nasib malang ni.....
Nasib baik ada Partner yang sudi menunda....manakala si Azlin juga mengalami nasib yang sama hampir 2 jam tersadai di simpang Bengkaduan kerana enjin mati. Namun setelah berusaha menghidupkan enjin bot no 13, akhirnya mereka berjaya sampai di Jeti jam 6.30 petang