TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

TRIP BINTUKA 10. Trip paling kumpau T.O.B

Ini merupakan trip paling kumpau T.O.B, dalam tahun ni untuk edisi Trip ke Bintuka. Trip kali ni merupakan trip cubaan untuk melepaskan kerinduan setelah saya dikecewaan oleh Monster di Bintuka sebelum ini. Pada trip kali ni, kami lebih menumpukan aktiviti trolling untuk memburu Monster, dan lokasi yang paling sesuai adalah muara Bintuka yang lebih dikenali sebagai muara Balingkatak. Aktiviti trolling bermula apabila kami keluar di muara Maidin menuju ke Balingkatak, namun setelah beberapa pusingan tiada sebarang sambaran. Keadaan laut yang tenang membuatkan aku berani meneruskan aktiviti trolling kami sehingga ke tengah laut, sehingga menghampiri Kapal-Kapal kargo yang berlabuh. Ku sangkakan dekat kapal-kapal Kargo tersebut, rupa-rupanya jauh mata memandang sejauh itu perjalanan kami. Sehinggakan hati ku berdebar memandangkan minyak sudah separuh dari 25 liter yang kami bawa. Bukan setakat minyak yang difikirkan, enjin bot Hj Kumit pun jadi buah fikiran....kalau mampus enjin Bot ni......hanyut terus kami ke tengah lautan. Ini membuatkan aku dan sulaiman tidak meneruskan misi untuk menghampiri Kapal kargo tersebut....langkah yang paling selamat adalah berpatah balik ke muara sekitar 40 minit perjalanan....Semoga enjoy dengan paparan ini....KUMPAU perkara biasa bagi diri ku...dan ini tidak akan melunturkan semangat ku untuk memenuhi minat ku ini....

Jauh di tengah lautan Kapal-kapal kargo banyak berlabuh di laut Sipitang
Jauh mata memandang....daratan sudah hampir hillang dari pandangan

Langkah paling selamat....patah balik sementara keadaan minyak, enjin dan cuaca yang masih selamat

Hahahahah......penat kami trolling setengah hari...ini saja yang sudi menyambar gewang Sulaiman

Trolling pada waktu puncak matahari diatas kepala sangat menyiksakan....nasib baik payung ku ni sentiasa setia menemani ku dikala panas dan hujan....

Jam 3 petang kami sudah mudik ke hulu untuk pulang...terjumpalah segerombolan nipah sedang hanyut dan kami cuba casting namun langsung tiada sambaran

Sebelum balik sempatlah juga membersihkan set casting termasuk gewang dengan air tawar, manalah tau, malas tiba-tiba datang semasa sudah di rumah...