TeamOmbakbiru.Blogspot.com
this site the web

Trip Bintuka yang malang ( Team Ombak Biru )

Trip ke Bintuka pada 6.11.2010 ni merupakan antara salah satu trip dalam jadual ku yang sudah ku atur dari awal. 4 buah bot telah ku boking sebulan lebih awal iaitu bot no 2,3,9 & no 12.Trip pada kali ni,rakan baik ku Sulaiman tidak dapat ikut kerana isterinya ada kuliah di Universiti di Kota Kinabalu .Antara rakan lain yang mahu menyertai trip ini ialah Dahali( adik ku ),Mimit,Sahur,C Wan ( anak Buah ku ) & rakan yang paling setia adalah Snek.Pendik cerita trip kali nilah yang paling malang.Apa tidaknya seawal pagi sudah kami casting,namun hanya selungkang sahaja yang sudi menjamah gewang ku.Tambah malang lagi apabila telepon ku berbunyi.....namun terputus kerana line tidak kuat.Dalam hati ku pasti sesuatu berlaku terhadap enjin bot yg digunakan oleh si Sahur & si Wan.Sangkaan ku tepat apabila aku menerima SMS dari sahur yg menyetakan "Bro kami tidak jadi ke Menumbuk kerana Bot no 2 kondem,kami tukar bot no 1,juga kondem,sekarang kami tersadai di seleko sebelum rumah buruk ".

Mentang-mentanglah warna gewang Hot Mentega ku ni warna......kau lah yang sudi saja Buss

Aku terus tidak sedap rasa,waktu baru jam 12.30 tengahari.Sebab pada 30.10.2010 yang lalu sebuah bot telah sesat di Bintuka dibawa arus selama 2 hari setengah sehinggakan Bomba & Meritim turun mencara mangsa.Lantas aku mencadangkan kepada Snek untuk segera mencari mereka( Sahur & Si Wan ).

Kerapu Lubuk Balingkatak
Jam 1 kami telah berada ditempat yang ku sangkakan tempat mereka tersadai( di mata belanak ),namun bayangan bot mereka tidak kelihatan,ini membuatkan hati ku semakin gusar,aku takut mereka tersadai di sungai utama.Nasib baik tiba-tiba sms berbunyi....maknanya kawasan kami berada ada line,lantas aku menelepon si sahur dan beliau memberi tahu mereka tersadai di seleko hadapan sebelum sampai ke lubuk mata belanak



Titir sirip kuning ni melompat-lompat rupanya bila mahu melepaskan diri


Syukur,jam 2 perahu mereka kami temui dan setelah sesi menukar plug & buang minyak tidak berkesan,jalan terakhir adalah ditunda.Punyalah sangsara menunda bot ni.....2 jam diperlukan untuk sampai ke jeti Hj Kumit


Sahur...Cantik Bro....trolling ,dalam perjalanan ni sempat juga aku dan sahur trolling,namun tiada sambaran.Untuk merehatkan pinggang dan tangan setelah lama menunda,kami singgah di Simpang Tiga Sungai kecil dan Simpang Tiga Sungai besar ( Tetongod ) dan waktu nilah kami terjumpa 2 orang jejaka maco sedang berusaha memujuk mangsa iaitu si Asnieh @ Belacan & Hisham @ Kg Rider

C Wan...macam hero Titanik kau wan.... Walaupun trip kali ni penuh dengan kekecewaan,namun itu bukan satu halangan hanya sekadar pahit maung dalam dunia pengailan.Apa yang penting jika ke Bintuka pastikan anda membawa telefon no 019 kerana line celcom paling kuat disana.Pastikan anda memiliki no telepon tuan punya bot,pastikan anda mengetahui lokasi dimana anda berada untuk memudahkan usaha menjejak anda juka berlaku masalah bot dan yg paling baik biar datang beramai2 &jangan terlalu jauh berpisah dengan rakan-rakan anda.