Gambar sewaktu baru meninggalkan kawasan lampu isyarat
Perjalanan kami pada petang tu diiringi oleh hujan lebat dan angin barat yang kencang,namun kelibat alun dan ombak belum kelihatan ketika masih lagi didalam kawasan pulau gaya dan pulau memutik.Namun apabila kapal mengampiri hujung pulau gaya,ombak semakin gagah,sehinggakan bahagian depan kapal hampir tenggelam dihambatkan oleh ombak yang ganas dan ini menyebabkan barang-barang didepan habis basah dan terhumban.Namun keadaan
lebih genting berlaku apabila kami sudah melewati pulau gaya dan pulau memutik langsung tidak kelihatan akibat angin dan hujan yang lebat dimana ombak semakin tinggi dan beberapa kali bahagian depan kapal menyembah lautan dan seolah-olah mahu terbalik dan ini menyebabkan saya mengambil Jaket Keselamatan dan mengedarkan kepada rakan-rakan dan adik saya untuk keselamatan...didalam kepala saya teringat peristiwa di Pulau Banggi hari raya haji tahun lepas dimana kapal karam yang mengakibatkan ramai saudara mara Kak Nonong terkorban
Namun kerisauan tersebut semakin reda apabila kami setuju dengan cadangan Tekong supaya kami tudak meneruskan perjalanan kerana keadaan laut yang semakin bergelora dan tidak mungkin kami akan dapat melimpasi gelora tersebut.Apa-apa pun syukur kerana kami semua selamat kembali kejeti pada jam 5 petang setelah 3 jam mengharungi badai yang bergelora