Biasalah bila jalan awal saur jadi tukang suluh
Sesampai dibagang,K.O.B mula menjalankan tugas memanjat bagang untuk meminta umpan,namun bagang pertama yang dinaiki hanya mampu memberi sedikit umpan dan tidak cukup untuk kami berenam.Maka Tangah Patera terus menuju bagang kedua namun pekerja bagang memberitahu mereka tidak memperolehi bilis dan kami terus menuju bagang ketiga,keempat dan keputusan tetap sama mereka tidak memperolehi bilis,lalu kami menuju ke bagang kelima yang nampak jelas menyaukbilis dan K.O.B terus naik dan syukur kerana anak-anak tempatan ini bermurah hati untuk memberi semua 1 bakul bilis yang baru diperolehi untuk umpan kami
Setelah selesai mengambil umpan kami terus menuju lawa-lawa,namun kami keliru kerana lawa-lawa yang sentiasa tegak sudah tiada.Namun Dahali dengan menggunakan kurnia mata keruaknya terlihat 3 batang bambu yang hampir tengelam dan sahlah itulah lawa-lawa tangah patera
Saur dengan ikan sulit yang sukar diperolehi pada hari tu
Dimana kesemua bambu telah tenggelam oleh arus yang melampau sehingga menyukarkan kami untuk mengail.Selain arus yang kuat kami juga disambut oleh alun dan bunga lapang ( ombak akibat tiupan angin ) yang kuat
Oleh kerana arus yang melampau aku mengambil keputusan untuk berehat sambil menikmati makanan yang ku bawa dan geng-geng yang lain tetap setia melayan joran masing-masing dan dan putih paling banyak naik pada hari tu.Jam 11 am kami berpindah kelawa-lawa bekas bagang roboh dan disini pun beberapa ekor ikan putih dan sulit telah berjaya dinaikan dan pada jam 12.00 t/h kami mengambil keputusan untuk pulang kerana bunga lapang semakin besar dan perahu sentiasa perlu ditimba kerana dimasuki air.