Sedikit Catatan: Sungai Mandahan sebelum tahun 80-an adalah merupakan aliran parit yang bertemu dengan aliran sg Tari dan kedua-dua sg ini tidak berhulu.Namun pembinaan aliran sg baru di kg Nyaris-nyaris Bongawan mengubah status sg mandahan menjadi sebuah sg yang berhulu dimana punca alirannya adalah dari hulu sg Bongawan dan jika berlaku banjir di Bongawan alirannya akan menjadi deras.Tahun 2007 menjadi saksi apabila jambatan mandahan yang menjadi nadi perhubungan runtuh akibat banjir dan mengorbankan 3 nyawa dan memutuskan terus perhubungan darat antara KK dan Beaufort dan ini juga telah membuka mata orang-orang besar yang selama ini hanya tahu duduk dan tidak turun padang.Jika mahu casting lokasi terbaik adalah sekitar surau dan di jambatan keretapi dan target utama adalah Unggah @ Siakap Merah
UNGAH AKA SIAKAP MERAH KELAPARAN
5 years ago